Tuesday, June 28, 2011

tekanan

Hari silih berganti..dah hampir 3 week xkeje..ari ni tiba2 rase nk marah2 je.. xde mangsa nk dimarah.. johnny dh selamt letak kt luar umah..supaya die selamat dr deraan fizikal..

rase..nk menjerit kuat2.. rase nk kembali ke gunung kinabalu jer.. buat ini xkena.itu xkena.. book tiket flight tuk sidia..xlepas2..dh 6 7 kali try...lg menyakitkan hati aku..buang masa type byk kali..nk call center pn kena tunggu esok..bodoh betol..buat la 24h customer servis..xtau ke org akan book xkira masa..bangang..siall

nak kata lapar..mmg x la..aku dh masak kari ayam special ari ni..ngn fat choy lg.. sedap la jugak..

bebal je rase.. novel 'chempaka wangi' sikit lg abis la.. xtau ape kesudahan idup aku ni. betol2 tekanan. tgk cara tulisan pn dah tau aku dh tensen sgt ni.

tiba time solat..air mata akan menemaniku.. nasib la ..ntah bila semua ni akan berakhir..ape yg dilihat xseperti yg dirasai.. senyuman dpt menutup kesengsaraan.. hanya Tuhan yg tahu,,

Thursday, June 23, 2011

jobless

starting form today...i'm a jobless ..

hope tis not be longer...

i pray to Allah s.w.t ... show me to way... i always trust U...

Tuesday, June 21, 2011

short holiday

Dalam keserabutan yg amat aku cuba cari ketenangan bersama2 rakan2 dan my love. percutian pendek 3 hari 2 malan ke Kota Kinabalu... walau pendek tp bisa membuatkan aku lupakan masalah seketika. Lebih2 lg suami tercinta ikut serta. Kawan2 yg superb tak dilupakan.. (18-20 june 2011)

seawaal 650am dh terbang ke Kota Kinabalu dgn Penerbangan Firefly

Masuk UMS jumpe penyu kt Marine Park.. fee 5 yal

Dpt gak sentuh puncak Kinabalu..puncak gunung tertinggi di Malaysia.. oyeaa

Kt Pulau Sapi..yg deboom..
Boating to island.. wit miss El.. puan mazerk.. n Encik Hafis

POsing ngn HUbby kt Memorial Kundansang.. ape ke jadah la posing kt kubut..

Art of our luv.. for us.. LOve always art


Kami di kaki GUnung Kinabalu

Kegusaran di saat kesusahan..

ops..skali tayar pancit daaa

Tanjung aru... 1st destination.. dgn rambut kusut...wat we called ..rambut Gerese..

***so memorable... so good.. really enjoy tis vacation..tq my luv..tq buddy...

Wednesday, June 15, 2011

betol2 keje setan

akhirnya semuanya telah terjawap.. aku dh dipaksa angkat kaki pade 14 Jun 2011. Mungkin ini yg terbaik. Allah telah tetapkan semuanye. Dia maha mengetahui. Xpernah aku bayangkan wujudnya manusia yg xberhati perut dan xberperikemanusiaan. sanggup die beri link blog aku kt bos.. yg mengatakan aku dah mengutuk syarikat sendiri. Pammmm... aku terasa tertampar disaat terbaca mail dr bos ..yg bersertakan blog ini. malu bukan kepalang. ape xnye satu hydrabat baca aku membebel. tp aku xperlu tkt sgt sbb aku xfitnah.. ape yg aku cckp adalah fakta. malas nk pk panjang..nk fight pn xguna..baik aku angkat kaki ..blah dr neraka itu.

biala si drama queen bermaharajalela di situ.. semoga Allah membalasnye.. disaat dia gembira skrg dgn menabur pasir di periuk nasi aku..disaat dia ketawa gumbira... insyallah..satu hari nanti..masa kamu akan tiba.. aku yakin pada Yang Satu.. Yang Kuasa..Yang Esa..

dunia ini bulat... wat goes around will come around..

Monday, June 13, 2011

Tenangkan jiwa Seketika

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



* Coretanku

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Bererkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn


credit to: http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/

speechless

Pagi Isnin, dtg ofis dgn azam yg kuat tuk bekerja. Melangkah je ofis terus duduk dan bukak email dan web m2u tuk check gaji kalau2 float dh clear ke ape. last week dapat berita gaji bank in jumaat lepas. Masa dapat berita gaji JUmaat lepas sangat la gembira sebab pikir nak belanja parents and bawak dieorg jalan2. Tapi ternyata hampa. sampai sabtu ahad masih xberubah duit aku dekat bank. Tapi aku masih positive. Walau sengsara bila mane parents sudah datang umah. nak beli barang2 rumah lg. Tapi tu cerita weekend. malas nk cite sbb dah selamat sampai ke minggu ini.

Hari ni aku dpt tahu dari aku nye colleague gaji die dh full bank in last Friday. aku speechless terus bila mane dapat berita ni.. wat the HelLLLLLL!!! fuck Off!!!!!!!!!!!!!! Shit!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hati aku dah rase xberapa nak sedap. look like something bad behind me.. aku macam rase die orang nk bunuh aku like silent killer. macam dieorg nak aku blah dari sini je. nape misti gaji aku je die tak nak bayar. bulan lepas aku berkerja bersungguh2. attendant aku full lg.

Memang la sejak projek dengan cyber security dh close ni..aku dh tak involve dengan mane2 keje lg. dah 2 minggu aku xdiberi keje. macam bangkai bernyawa aku die ofis ni. tp ape perlu aku buat. aku masih buntu. perlu kah aku angkat kaki dah blah dr sini. walhal aku xde lg keje lain. atau aku tunggu sehingga di beri notis??

Ya Allah aku semakin buntu dengan situasi sekarang. Ya Allah tunjukkan jalan kepada hambaMu ini

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011

Rentetan Piala FA 2011 - aku lupa nk post ari tu..ade jer dlm draf so ari ni aku kasi send je la...

Kel tewas pade Terengganu tuk game ni..so sad..tp itoo cerita lama...

cerita baru... kelantan Juara liga Super...2011 tahniah tuk TRW... selalu di hati ku... !!!


Suasana di Stadium bukit jalil..



Bukan kena tanggap pon..tp saje abg polis nk mintak sign..

me n Hafiz... together we GOMO

Monday, June 6, 2011

typical kampung Gal

Typical kampong Gal wanna be .. so fresh.. ordinary ..gotong-royong culture ..full of kindness..polite..love.. green..gossiping .. but me ??? the most hancuss gal who acting well.. enjoy the pixca yaa.!!



First Pit stop


even duck n hen can be together - sleep side by side..so impress

hansome roaster in blurry



lauk pauk surrounding







sedulang Sehidangan

So many thing i learned from those event or can be said as my short vacation.. wateva. ..it quite different from my routine but alhamdulillah i can adapt well even it seem 'Langkah sumbang' but i can able to manage.. i njoy the moment .i love to learn variety of culture Now i realise ..even we are in same race..same religious..same country.. dont ignore of each others..
"keep moving forward but dont neglected others.."

Wednesday, June 1, 2011

invisible women??

Mungkin aku ade super power like invisible man.. i'm such a invisible women at tis office. Lansung tidak dipedulikan. Memang seperti halimunan. Orang keluar masuk tanpa menyapa apatah lagi mengukir senyuman walaupun secuit. Mahal gamaknye senyuman mereka2 ini.

Ntah kenapa hari ini hati aku tiba-tiba menjadi sebak. Hampir air mataku mengalir. Tapi dapat ku tahan... 'control macho" beb..

Semua sibuk bincang pasal lunch tp xde seorang pon yg mengajakku atau mempelawa. Tertekan giler dah la minggu ini lansung tak der keje nak buat. Datang ofis hanya semak email dan buang keje sendiri. Hari ini mungkin agak sensitif kerana aku tak de kete. Hubby aku antar aku so aku xdapat ke mana2. kebiasaan aku akan kemana2 tuk lunch. So hari ni terperap je kt ofis. Nak pg cafe kan terserempak plak dengar anasir2 yang tak mengajakku sebentar tadi. Malas nk jadi hipokrit nak duduk semeja. Dah tahu diri tak diajak..takperlu lah aku terhegeh2..

so sad.... :"( aku harap.. Allah berikan aku kekuatan untuk teruskan aku untuk terus kekal disini jika rezeki ku masih disini.. demi rezeki yang halal.. aku redha dengan ketentuanNya..