Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan bertemu lg

1 Ramadhan bersamaan 18 june 15.
Puasa pertama sebagai warga subang jaya..
Puasa pertama bakal ibu..
Puasa pertama seorang isteri pendidik..
Setiap kali kedatangan bln mulia ini umat islam beramai2 menetapkan azam masing2 untuk merebut promosi dan ganjaran pahala untuk bekalan akhirat. Di awal puasa masjid akan penuh..itu tahun2 lepas..diharap tahun ini keramaian umat islam ke masjid berterusan sampai ke akhir ramadhan. Klise he bunyi nye..

Azam aku bermula smlm aku mulai dgn bacaan ayat suci dr awal surah.. insyallah cuba sedaya sebanyak munkin yang boleh. Nk ke masjid keadaan xmengizinkn. Berat badan xseimbang.. buat kt rumah.. hurm mcm kemalasan. Azam lain bykkan berbuat kebajikan dan sedekah.. berkali2 igtan dr pak ron. In shaa Allah.. selain itu cuba untuk masak sekerap munkin..

Harapan lain:
Semoga kami sekeluarga dpt menhayati bulan mulia dgn penuh keimaman.. sabar dgn limpahan kasih sayang. Kite cuba banyakkn bersabar dan xleka dengan tipu daya duniawi. Bertolak ansur dan beraya dengan keserderhaan.. amenn..

Copy paste: cabaran perkahwinan vs whatapss

Keinginan untuk berkahwin ialah fitrah setiap insan. Ketenangan dan kemesraan antara dua gender hanya dapat dihayati dan dikembangkan melalui perkahwinan yang mempunyai kesefahaman dan toleransi.

Allah SWT berfirman dalam ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Perkahwinan, pada awalnya memang indah, oleh sebab itu, tidak hairan apabila ada pasangan berhabis-habisan untuk memastikan hari persandingan mereka nampak gah dan mewah.

Kesanggupan berbelanja besar untuk majlis persandingan ini dibuat kerana ia menjadi komitmen untuk hidup bersama-sama dalam menghadapi apa jua cabaran.

Namun perkahwinan kini berhadapan satu cabaran yang baru dengan kepesatan perkembangan gadget dan aplikasi berkomunikasi.
Sungguh gadget telefon pintar dan aplikasi seperti Whatsapp atau Wechat dapat merapatkan hubungan bagi individu yang berjauhan, namun pada masa yang sama telah mengakibatkan jurang dalam komunikasi verbal suami isteri.

Apabila komunikasi lisan kurang berlaku antara suami isteri, secara tidak langsung ia juga akan menjadikan interaksi fizikal dan emosi berkurangan.

Hal ini telah menjadikan perkahwinan yang semakin bertambah usia, kemesraan dan keintiman antara suami isteri menjadi hambar.

Malah terdapat suami isteri yang baru berkahwin tidak mampu mewujudkan komunikasi yang baik sehinggakan menimbulkan prasangka akibat leka dengan gadget dan aplikasi berkomunikasi.

Berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada tahun 2012, kes perceraian masyarakat Islam direkodkan sebanyak 1,440 kes yang melibatkan 55 peratus pasangan muda yang baru berkahwin dalam tempoh kurang lima tahun.
Memahami kesan yang negatif ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia menganjurkan Bicara IKRAM : Siri Keluarga Bahagia yang bertajuk

“Cabaran perkahwinan dalam era Whatsapp dan Wechat” pada 12 April yang lepas di Pejabat IKRAM Sibu.
Matlamat utama bicara ini adalah memberikan saranan yang praktikal dalam membina kesefahaman antara suami isteri di samping memanfaatkan fungsi gadget yang ada.

Perkongsian ini disampaikan oleh Zarina binti Azhari, Ketua Wanita IKRAM Perak.

Friday, June 12, 2015

Bangga diri

Ini la sifat manusia..baru pandai sikit dh riak. Aku la tue... Dlm masa sejam aku dpt siapkan 3 juadah.. campur nasi jd 4 la kot..huhu..
Hebat x? Dlm keadaan yg xberdaya saing berdiri kurang sejam pinggang rase nk patah..lutut rase longgar..so aku xbleh masak over2.. pdhal xreti pon..huhu..bia pon umur dh 30an..masak sambal pon bleh bangga.. aku rase sedap tekak aku..hope my parents bleh telan jap lg.. hooyeas


Wednesday, June 10, 2015

Pergi nye Duka datanglah Sukacita

Zaman berduka perlahan2 menjauhkan diri. Saat gembira datang terus aku lupa saaat ketika pernah berduka.

Seminggu habiskan masa bersama famly sgt bahagia. Walau di waktu yg sama aku dibebani work load yg heavy metal. Till now aku still keje over dose. Tp mlm hari aku lupakan segalanya. Bersama keluarga.. gosip2 tetangga mmg best giler. Dr berpiknic di pantai 7 sampai la bermalam di port dickson. Heaven sgt.

Dicelah2 kesibukkan ada plak reunion bersama geng giler2.. lau xgila..xsah la kan. Bertemu di raub sempena kak jijah wedding. Selamat pengantin baru kak fizah! Walau perjalanan memenatkan dan mencabar bg penumpang besar mcm aku..tp alhamdulillah semuanye trkawal. Pesanan pak ron..jgn bg seyek..atau koyak. Ork senapah.. then esoknye semua pasti ok.

Syukur lah.. aku masih selamat dan bernafas. Tak lama dh nk berpuasa.. pastikan kesihatan ini berpanjangan.. amin..

Laaayaan gambar kenangan ..xseberapa