Monday, September 22, 2014

Info keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
*********************_________*********************

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari

- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari

- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
**************************************_*_@@@_*

Dah naik seram bila baca psl keeguguran.. rata2 mengatakan keguguran lebih dasyat dr pantang kelahiran.. aku risau dgn tahap penjagaan aku sendiri. Xde guideline ore tua2. Herbal aku ambik ala kadar je.. Ya Allah kau lindungi la aku. Lately aku on off rase nak demam..kakak aku ckp org panggil bentang.. sbb xjaga betol2.  Uwaa.. omg...byk sgt keje berat aku dh buat..dh la rumah ni xde toilet duduk lg.. jgn la rahim aku jatuh ke ape... Semua agak merisaukan.. rase nk nangiss :(

Wake me up went sep end -Part 3

Hari ini sekolah dah bermula. Hari aku kembali kosong. Dr pg terase perit di paha belah kanan dan pinggul kanan. Serba xkena duduk ku. Aku xnk ambik ubat tahan sakit lg.  Ubat tu doc rekomen tuk 3 hari jer..kalau mbik lebih xelok la kan.

Terbaring jer layan kesakitan. Rase mual pati ikan haruan masih terase. Dh mcm2 aku makan nk hilangkan rase hanyir...kurang berkesan. Masih ada 1 week plus tuk abiskan pati ikan tue...mencabar betol.

Alhamdulillah..dpat juga aku merasai nikmat2 seorg wanita dalam berpantang. Before aku disahkan mengandung aku ada juga menghadapi gangguan emosi..tiba2 nangis seorg2..xtau kenape.. hai ..unik sungguh nikmat ini. Allah bg perlbagai dugaan kepada umatnya. Kesabaran yg paling penting. Redha dengan segala dugaan ini. Insyallah..nk sedapkan hati.

Ooh...september 2014 sememangnya meninggalkan kesan mendalam pd aku.. oyeaa

Sunday, September 21, 2014

Wake me up when sep end - Part 2

Alhamdulillah..genap 31tahun sudah.. tetiba dapat plak hadiah kek yg untuk di tonton shj..bukan untuk di makan owesome..yoww

Dedicate tuk pakron:
Thanks sayang for the surprise..ahakk ..

Walau xde hadiah menarik ..xde ape2.. syg mmg appreciate what u have done now. Ape mcm jd surirumah full time 3 hari ni?? Hehe owesome kan.. good job.. buat air tuk tetamu..kemas dapur..masak..sediakan makanan..cuci pingan mangkuk..skrg tgh iron baju.. marvelous..thanks syg.. setia tunggu kt hospital..dh mcm remote control ek?  Tak de niat nk mendera tp keadaan sy kurang berdaya saing...ada lg seminggu lebih..bertahan la yang.. demi kesejahteraan bersama. Sama2 berdoa dan meminta pertolongan dr yg Esa. Insyallah ade rezeki kita lain hari.
Hadiah terbesar bg sy..u quit smoking tis year..it such a great thgs u did for me n ur self. Well done. Xperlu hadiah lain lg.. ♥♥♡

Dedicate to family and great friends..

Thank you much..xpernah lupakan bday makcik tua ni.. i really appreciate dengan segala doa dan ucapan korang semua.. i love u all ♥♥♥♂

Saturday, September 20, 2014

Wake me up when sep end - Part 1

September bulan yg kami tunggu2. Hari lahir dia dan aku. Sungguh tak disangka hadirnya sesuatu yang dinantikan juga di bulan yang sama. Namun hadirmu hanya sementara. Kehadiranmu dlm seminggu cukup mengembirakan hati aku dan suami. 
Ceritanya begini:
Dua minggu sebelum ini perasaan aku sgt berlainan. Sakit di dada juga agak berlainan. Takde selera makan lansung.. Mlm nye aku mimpi pelik2. Esok pg aku buat keputusan nk buat upt sendiri. B4 pg keje aku test dan agak mengejutkan pertama kali dlm hidup aku nampak ada dua jalur pd tester. Terkedu seribu bahasa. Mcm xpercaya..aku ambik lg satu untuk di uji.. dan keputusan ttp sama cuma calur yg ke dua kurang terang. Aku kaget..terkedu seribu bahasa. Aku xterus hubungi hubby tkt aku kecewakan nye. Aku cuba confirmkan berita ni dgn my sister. Die ckp kalau line satu terang satu tak maknanya hampir2 nk pregnant so belum pregnant lg..cpt2 makan folic asid tuk kuatkan kandungan. Aku serta merta makan oat then makan ubat.. lps tu kongsikan berita gembira dgn hubby. Dr pagi sampai ke ptg kami ckp gembira. Xbleh nk elak dr tersenyum. Mood ke bulan bintang. Tp kegembiraan xbertahan lama. Petang nye aku terasa sakit di bahagian rahim. Aku pg toilet tgk dh ada darah. Aku tkt then terus pg klinik panel kt office. Jumpe je doctor aku cerita dr awal..doc ckp munking pregnant then mintak test upt lg tuk comfirm. Berdebar2 menunggu result.. bila jumpe doc..doc ckp maaf..xpregnant..1line jer. Sangat mengecewakan. Doc ckp munkin sbb dh piriod. Aku kecewa..tp hubby ckp xkisah..sbb ada potensi mengandung lg len kali.
Aku xpuas hati blk je kerje aku pg lg beli tester tg mahal. Plan nk test esok pg tp hubby mintak test pd hari jadi die 12sep. So aku tangguhkan dlu. Pd esoknye darah makin byk..so aku dpt rasekan..aku betol2 dh piriod. So xmunkin aku akan pregnant. Ari jumaat 12hb plak sgt kalut dan pg interview lg..nk balik kg lg..so terlupa sudah tuk meguji lg..

On the way ke kg..sepanjang perjalanan perut aku meragam..pinggang dan paha sakit..aku pk sengugut..aku telan panadol dan sapu yoko2.. dapatlah bertahan. Sempat hantar hubby kursus kt Tasik Kenyir..aku teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Selamat sampai aku bgtau mamy sakit sana sini.. so mummy suggest tuk berurut. Benda yg xpernah aku buat sebelum ni. Esok nye kami pergi berurut di rantau panjang. Balik berurut sgt la selasa. Esok nye kenduri kt rumah kakak ipar.  Aku xsemena2 pg makan nenas. Balik dr kenduri singgah plak makan cendol pulut tapai.. perrgh mmg sedap.

Xlama lepas tu..ptgnye perut aku dh start sakit. Sakit sampai ke mlm. Terguling2 sampai muntah.aku duk pk sengugut akibat nenas jer. Esok nye ade sesuatu terkeluar. Agak kenyal dan berurat. Aku tarik keluar..baru rase sedikit lega. 2jam lepas tu separuh lg keluar. Lepas tu byk darah pekat keluar. Aku xdpt pk pnjg sbb ptg tu dh nk gerak blk kl. Blk kl sempat lg gilir2 drive dgn hubby. Esok nye terus masuk office. Dkt office darah lg banyak setiap 3jam full pad. Aku jd tkt. Diskus dgn kwn2 semua suruh pg klinik. Mlm tu baru sempat ke klinik pakar wanita . Dr cite aku doc dh agak aku keguguran. Kalau baru gugur upt aku akan positive. So aku buat upt test..bila dpt keputusan rasa nk rebah je..positive . Doc bg surat refer tuk ke hospital tuk fully checkup.   Di hospital putrajaya prosedure agak lama tp keputusan ttp sama positive..skrg aku makin yakin ku dh keguguran. Tunggu punye tunggu jam 3 pg baru aku dpt katil..dpt rest kejap..bilik aku hampir dgn dewan bersalin..sekejap2 dpt dgr suara ibu2 menjerit kesakitan..seram betol...dengar nurse2 membebel..tdo aku xlena..menunggu masa untuk dnc. Dlm 6pg baru doc panggil aku tuk masuk bilik sebelah tuk di scan atas dan dalam. Disuruh lg buat upt..lemah betol asyik nk kena kencing jer. Positive..sah gugur..fully abortion. Tinggal saki baki skit je lg..rahim bengkak. Tp b4 tu sempat jgk kena marah dgn doc sbb aku dk terkemuk2 katanya. Aku just ckp out of control doc. Sy xbiase seme nie.. doc dk ckp nnt beranak lg sakit.. ape kejadah..takutkan aku..ape daa..

Seme settle..aku kena inject dgn kejam di paha kiri oleh nurse..sampai berdarah. Ape seme ni.. sabar je la.. doc bg cuti 1week..ok lega dh bleh balik..turun bwh ambik ubt dan bleh balik. Aku xtau mana nk tuju..tp redah la kuar pintu depan..aku tgk farmasi di bahagian bwah..aku kena turun tangga. Pelik nape die x kasi aku turun lif je..langkah aku longlai..pening lalat lepas kena inject..sempat call hubby jumpe kt farmasi. 

Fuhh beto2 mencabar berada di hospital kerajaan nie..mmg terbaekk..tq doc..tq nurse.. apalah sngat dugaan ini..kan..nipis sgt.. 

continue...

9sep-positive test

10sep-negative test

12sep-bday hubby

16sep-miscarriage

17sep - full abortion

Selamat berpantang sehingga 27 oct 2014

Tuesday, September 9, 2014

Tahun ke Bulan ke Minggu ke Hari

Sudah 4 tahun 5 bulan 3 minggu 6 hari rupanye..
Sungguh hampir dengan 5 tahun jika di panjangkan umur kami..
Untuk tahun ini boleh dikatakan usaha antara yang kemuncak.. abis-abisan aku korbankan.. Diri dan Wang tiada nilaian.. aku laburkan..aku habiskan demi usaha mendapatkan rezeki Allah yg xternilai. Berkorbar2 semangat ku di awal tahun..di Bulan mulia juga kemuncaknya..aku istikomah aku cabar diri sendiri.. namun sekarang ianya hampir pudar.

Di mana semangat aku? Di mana istikomah?? cakap kosong? Ape sudah jadi.. ?? perjuangan masih diteruskan walau aku dpt rasakan aku hampir putus asa. Pencarian demi pencarian.. demi mendapat semangat yg hilang. Ku rasakan perjuangan aku sendirian. Ntah aku kuat atau tidak tuk mengharungi dugaan ini. Aku yang tak pernah sempurna.. namun aku juga makluk kejadian yang Maha Esa.

Masih tinggal sisa2 3 bulan lagi.. bersediakah aku? Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Ya Allah.. moga kau jadikan la aku tetamu Mu.. Berikan aku kekuatan ..Amin..