Monday, September 22, 2014

Info keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
*********************_________*********************

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari

- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari

- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
**************************************_*_@@@_*

Dah naik seram bila baca psl keeguguran.. rata2 mengatakan keguguran lebih dasyat dr pantang kelahiran.. aku risau dgn tahap penjagaan aku sendiri. Xde guideline ore tua2. Herbal aku ambik ala kadar je.. Ya Allah kau lindungi la aku. Lately aku on off rase nak demam..kakak aku ckp org panggil bentang.. sbb xjaga betol2.  Uwaa.. omg...byk sgt keje berat aku dh buat..dh la rumah ni xde toilet duduk lg.. jgn la rahim aku jatuh ke ape... Semua agak merisaukan.. rase nk nangiss :(

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.