Dari hari ke hari, tahun ke tahun tanpa kita sedari kita semakin tua. Aku sendiri pun terlupa. Kali terakhir aku benar2 ingat umur aku bila orang tanya waktu aku berumur 23 tahun. Selepas tu aku dah confused umur aku 24 ke 25 thn...sampai la umur aku bergelar isteri pon aku lupa. Apatah lagi sekarang, dah masuk 30an makin terlupa aku pada umur sendiri. bukan kerana urat putus tp diri sendiri tak mahu terima hakikat makin tua. Asyik nak maintain muda sentiasa.
Dalam hidup kita kena ada perubahan. Tak kisah la masa lampau kita suram kelam kelabu..yang penting sekarang kita berubah. Jangan di ulangi kesilapan lalu. manusia yang ulangi kesilapan lalu mmg manusia yg bodoh. tak de pendirian. Hidup bukan untuk fun seronok2 saje. Kita hanya hamba pada Tuhan yang 1 Allah s.w.t. Jangan riak sangat. Cuba bersederhana dalam apa sahaja. Kita tak hebat mana pon. Jangan segera mengutuk orang lain. Jangan terlalu bangga diri.
Zaman remaja..huru hara. giler2.happy sokmo. tak banyak masalah. Belajar so so result bleh tahan..keje nk gempak. Njoy bagai nk mampus tp masih terkawal dan dara. kawan2 best njoy nk mampus. kesimpualan zaman sekolah dan uni mmg best. xpyh pk masalah. miss uni life. jumpe kawan sehingga bergelar sahabat sejati.
Dari zaman remaja aku melangkah ke zaman isteri org. Tak banyak beza sangat. Cuma bila dah bersuami ada tanggungjawap sebagai isteri. bertambah menjadi dua keluarga. ada hati yang perlu di jaga. namun kehidupan harian lebih kurang sama. Njoy je nk berjalan ke nk melancong ke. nk lepak dgn kawan2.. xde beza. Yang keruh sikit bila time raya je la..berebut nk duk umah sapa. Tp so far ok. bab financial still blh handle la. ada lebih kita makan lebih. takde kita ikat perut. ape susah perut aku dan suami jer.
Setelah 5 tahun dr berdua menjadi bertiga. betambah umat adam. aku bergelar ibu skrang bukan hanya isteri. boleh dikatakan aku memerlukan perubahan 360 darjah. Dari mula hamil sampai la bersalin byk perubahan berlaku keatas diri aku. Dr fizikal hingga mental. Dah ada anak jangan nk perasan nk pakai perfume bagai bila keluar. bersiap gempak2 .. alih2 tukarkan lampin anak...minyak telon baby oil la perfume aku. Waktu tido dah xsama macam dulu. setiap 2 jam ..ada alarm auto set bunyi nk susu..tukar lampin..perut masuk angin..susu tersedak..etc.. Slumber aku bangun xde banyak bunyi pn. Hebat kan.. dulu bersiap stgh jam dh cukup kalau nk keluar. skrg 2jam masih ada yg tertinggal. Bab financial plg krtikal. setiap bulan kena siapkan tuk keperluan anak..emergency money pn kena sediakan. Tak de lagi nk bershopping tuk diri sendiri..seme untuk anak je.. skrg ian baru sebulan lebih..masih belum terlambat nk susun kembali kehidupan supaya xde yg menyesal kemudian hari.
Hidup xbleh nk ikut org je..kite yg kena tentukan hidup kita. Xbleh nk buat biase2.. better luar biase asal iklas dan jujur dlm perbuatan. Org boleh menilai..tp Allah tahu segalanya. Jgn pernah lupa..ape yg kite buat hari ini ..akan dikira di sana nanti.
Dalam nk mendidik anak..kita harus berubah supaya menjadi contoh tuk.mereka. TAK HIDUP DEK PUJI TAK MATI DEK KEJI.. xpyh nk harapkan pujian org sgt. Berubah atau menyesal..semuanya pilihan sendiri.