Thursday, July 12, 2018

Kessok hatiku

K. E. S. S. O. K. H. A. T. I

Satu penyakit hati. Aka terasa hati. Aka berkecil hati.

Sesungguhnya dia yang memberi kita rasa. Beri kita perasaan.  Be me.

Sabar selagi mampu. Sebelum meletus. Jika kebenaran itu benar tak kemana.

Alhamdulillah Ya Allah masih memberikan aku kesabaran setakat ini.

PadaMu aku berserah.

Monday, July 9, 2018

Suara hati Mama

Lama tak menjengah disini. Disebabkan apple apps blog berbayar jd jarang aku nk menulis bila pakaii web ni. Hati tak selalu gembira jugak tak selalu bersedih. Normal la naik turun emosi asal bukan mental kronik sudah la. Sebagai norma manusia aku juga ade penat lelah sakit dan bukan la xpernah sihat. Tapi bila sakit kite akan rindukan nikmat sihat. Namun bila penat emosi tergamggu anak2 sedikit sebanyak menjadi mangsa kemarahan. Mama mintak maaf pada ian dan lbh2 lg iffat. Tahap kesabaran mama menipis di saat ini kadang dlm marah mama istifar agak tidak keterlaluan namun dlm keadaan skrg penat mama dan sakit mama agak teruk. Mama hilang sabar. Skrt bila kamu berdua tido di sisi mama  xdpt mama tahan air mata mama. Sedih bila mengenangkan ibu apakah aku ni. Xdapat bersabar. Sakit hati ptg td hanyalah sementara. Mama tahu kamu berdua ingin kn perhatian. Mintak untuk bermain tp skrg mama xsihat. Mama xlarat sgt 😭😭. Rase looser mother sgt.

Hari keje penat die lain mcm.  Naik turun lrt penat. Langkah perlahan kurasakan jarak ke pejabat sgt la jauh. Menapak untuk ke pakir kurasakan jauh yg amat. Bila memandu terasa sakit saat menekan brek. Seriously mama penat. Bukan sengaja nk marahkan kamu berdua. Dikala menhantar kamu ke pusat jgaan hati masih terasa sangsi dan kerisauan. Lebih2 lg iffat sentiasa cedera di taska. Kerap digigit dan lebam jatuh sana sini. Tp mama xde pilihan nak marah pengasuh tkt dieorg apa2 kan kamu berdua. Abg ian di sekolah mama terasa lbh lega berbamding iffat di taska. Hanya pada Mu Ya Allah aku berserah. Kalau berpeluang keje dr rumah mama lebh suka kamu di rumah wlau ada cabaran tp melihat kamu didepan mata lbh selamat dan tenangkan jiwa. Walau penat menjaga kamu sambil berkerja xterasa. Mama cuba bg yg terbaik untuk kamu berdua. Tak lupa cuba yg terbaik untuk adik kamu tak lama lg. Rehat yg cukup perlu untuk kesihtan kandungan mama ini. Makanan berzat untuk bayi yg sht. Xde terlimtas memikirkan kebaikan diri sendiri. Kalau mama xnk dukung kamu berdua pn bukan sbb mama xlarat tp demi adik kamu. Even nampak normal kandungan mama berlainan dgn org biase. Biocornuate uterus. Dgn sebelah rahim sahaja mama mengandungkan kamu semua. Berat kandungan agak berlaainan untuk di bawa ke sana sini. Bebanan sebelah kanan agak memeritkan dan kadang2 buat mama sakit. Ngilu. Xterungkap dgn kata2 macam mana rase sakit. Tp ini bukan satu penyesalan. Sekadar perkongsian untuk kamu besar nanti.  Kehadiran kamu satu keajaiban yg Allah kurniankan. Kamu ank2 yg terbaik. Buah hati mama selamanya. Semoga abg ian dan abg iffat menjadi abg yg baik dan lelaki yg bertanggungjawap. Beriman dan taat pd ibu bapa. Mama mintak maaf pd ian san iffat. Mama sayang kamu 😘😔
Tido malam ni dgn mama yer sayang2 mama.