Saturday, March 31, 2012

Saturday lizzie

Dah lama xmerasai hari cuti yang tenang. Bagi aku tenang bila bleh bangun lewat. Tak perlu gesa2. Solat pn xpyh (lampu merah). Tp bila dah tido byk sangat otak jd sengal2. Muka jd tembam semacam. Memandangkan xde benda nk buat ari ni..aku bukak dobi. 3 round aku cuci baju. Sikit2 sbb washing machine ni cam lembab lau masuk byk skali. sambil2 cuci baju aku goreng cekodok. nampak cam nk sediakan bfast. padahal dah jam 11.00 pagi.

Bukan xnk masak tp satu benda lauk xde dlm petiais. nak makan telur xde selera la. sambil makan cekodok sambil layan FB (isu bunohan dr smlm sampai ke pg ni..masih aktif) .. satu demi satu status aku baca..xcukup dngn tu baca blog plak.. masih bosan..bertahan2..

krek ..krek..geng... (bunyi pintu) menandakan Poksa sudah pulang. masuk je tny xde nasi ke. aku buat bodo je.10 minit lepas tu..ketung ketang..kat dapur..menandakan ada org akan masak. greeeeeeeeeeeeeeeekkkk (bunyi blander) . Agak2 korang mende die nak masak? abis2 gedebe..telur je ada kt umah ni..

ooo..pasal masakan poksa tu..aku dh bleh agak..bau2an cam ni misti die nak buat goreng nasi. Maasta nasi goreng aka POKsa. cuba la turun beli ikan ke..ayam ke...baru ade feel nk masak. tp wateva la..


aku lau hujung bulan camni la..nk kemana2 dah xde feel. poket kopak. nak tunggu gaji lambat lg. layannnn la ape2 kt umah ni. sok sunday nk kena keje. camni la gaya hidup K.eLLL

Thursday, March 29, 2012

Kerana Allah aku menikahinya

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang di dalam nye terdapat musim yang SAKINAH (tenang), MAWADAH (penuh cinta) dan RAHMAH (sarat kasih sayang). Perasaan itu sentiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Syurga dunia di alam rumah tangga.

Jika dulu bersendirian sekarang telah berdua. Segala masalah perlu dibincangkan. komunikasi merupakan asas penting. Bila berbicara maka segala masalah dapat dirungkaikan dan jalan penyelesaian diperlukan. Konflik dalam rumah tangga normal. Asam garam rumah tangga..menjadi rencah dan warna warni cinta.

(Ayat2 di atas berberbunyi skempos..sesuai tuk bacaan umum)

"Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk suami. Bila kamu luruskan (dengan keras) bererti akan mematahkannya" (HR Bukhari)

..ala sedap nk tulis tiba2 tv ni tunjuk cite pocong plak..dah potong stim..xleh nk fokus daaa

.......cont

Tuesday, March 27, 2012

no no no

Tajuk selalunya xde kena mengena.. tak nak ulas panjang pn. tp aku tertanya2 kenapa kebanyakan tipikal lelaki melayu malu nak tunjukkan kasih sayang. Bukan nye bercinta nak sorok2. Dah sah pn ikatan. Malu nanti digelar sayang bini... takut bini... ape la korang ni. tak nye istilah ni.kita dah kawih der..nape nak nafikan kasih sayang yg suci ni.?? Tapi berbeda plak jika masa bercinta. sayang mereka terlebey.. caring pn berlebihan.. astafirullah alazim...sesungguhnya kuat benar pengaruh syaitan. mampu mengubah hati lelaki yg ego tuk tunduk dah bertukar menjadi individu lain. Aku bukan la nk masuk belah mane2..misti korang kata..sbb aku pompuan aku more to support ladies...no no no.. tis is fact by my observation and feeling..


tambah skit lg..masa bercinta kemain panggil sayang. baru kenal dua hari dah sayang..tp bila dh kawin xsampai satu tahun,.dh aku ko... pe nak jadi ni?? kasih sayang patut di pupuk..patut dijana.(wah ayat xbleh blah) ..ape lg yer...jgn biakan kasih syg singgah sementara..lama kelamaan hilang begitu sahaja...

Korang lelaki kena keluar la dr tempurung buruk tu..dah2 la nk tunjuk macho.. cuba la jadi family man.. fatherly skali skale.. #JUSTSAYING

Sunday, March 25, 2012

kesahnya

Yang dikejar xdapt..yang dikendong bleh la sikit... tau kenape???

Pg2 dh bangun pg jaga booth tuk event bidadari.. ade la my fren bukak booth kt sana. aku sekadar membantu. Byk jugak benda2 ilmiah & fesyen muslimah sejadi kat sana. tp malas nak layan sbb ongkos nye xde. So aku plan jam 1 nak g servis kete dlm 2 jam..kul 3 leh la patah balik ofis sambung keje.. Plan baek punye. tp seme Dia yang tentukan. So aku dengan ghairah drive dr PICC masuk hway nk ke subang(ELite Hiway). Bawak kete tak de laju pon..tak bleh plak lepas je tol kt simpang tu aku terambik hala ke KLIA kiri. aku dah tgk subang & Ipoh etc belah kanan tp nak jugak gerak ke kiri... mak ai..mmg cari nahas..no turn back der.. mana ada uturn dh..dh la minyak kete low giler.. fikiran aku dh berbelah bg..rasa nk cancel je servis kete..baik aku balik umah je. bawak dengan kadar yg slow..80kmj. lepas pada tol klia..polis bagai ade.. kete bersusun penangan F1. aku terus hala ke KlIA ..then Uturn balik..kebetulan dah kebuluran sgt..aku masuk Mcd drive tru. lapar tak hinggat dunia terus order Triple cheese burger..woha.. singgah shell isi minyak skit. teruskan perjalanan ke USJ..kuar masuk tol la jawapnye..hampes..rugi sajo.

Dah sampai USj dah kul 310pm..dengan jem nye lg..homai...duk sana menitik2 peluh2 ...basah ketiak.. siap panas hujan ..sampai pkl 5pm...giler lama... ooo pasal Mcd tu..aku dah abiskan fries tu dlm kete lg..ko jgn risau..burger tu aku slumber makan tepi bengkel..aku je cantik kt situ..sbb xde dh pompuan lain..so lantak la nk makan camne pn..seme org senyum je. tanda stuju..(ada kaitan ke?)

Moralnye..yg dirancang nak ke ofis hancuss... keje aku nk present sok tak cmner..mampu ke aku nak siapkan mlm ni.. sore throat aku makin teruk ni. merah je anak tekak..dkt2 nk tonsil dh ni..ayat2 nk g ambik emCee sok..tp bulan ni je dah cuti 4 hari.. bleh ke nk cuti lg..???Woha....sok tunggu la camne ...ape nk jadi ...aku tak kesah..

Takut Hilang

Hidup aku dh xceria..xgmbira. senyum dah tak seghairah dlu. bahgia sikit demi skit meninggalkan aku. Aku bersyukur doa ku org sekeliling ku mendapat kebhagiaan yang dicari. seronok tgk seme org senyum gembira. Walau berat aku mengukir senyuman..cuba gelak tawa bersama2..walhal semalam hari aku remuk..hancur. andai terubat sekalipun lukanye ..pasti parut kekal selamanya.

Kalau dulu aku dpandang wangi..hari ini harumnya telah hilang... tak pantas tuk bergandingan..apa lagi berkongsi derita. (ayat sedih rase tak leh blah plak..)

1jam tepi hiway..xde arah tuju. mata bengkak..air mata dh tak nak stop. aku sangat lemah. aku benci diri aku yg lemah. sikit2 nk nangis.. pehal la nk sedey sgt... nape aku dh tak sekuat dlu??

Satu demi satu tuduhan busuk datang menikam aku. Jahat sgt ke aku ni? Teruk sgt ke layanan aku pada die selama ini? HAri tu tuduhan lain..ari ni lain plak..

Kalau pk pendek mau je aku simbah petrol byk2.. aku bukan kebulur sgt dgn piala kemenangan.. aku tak heran pn.. tp yang pasti hati aku hancur.. tak tau bisa di ubati ke tidak. kasih sayang yang aku harapkan dh hilang. Munkin hanya dongeng saje. .Sebanyak mana bakti aku selama ini tak pernah dihargai. Ini munkin balasan tuhan pada hambanya yang lalai. Munkin kebahgiaan untuk aku dipinjamkan sementara. Aku redha..

Wang ringgit ..harta benda bukan jaminan... hati dan perasaan terlalu rumit tuk dibincangkan. Kenapa berat hukuman Allah pada hambanya yg lemah ini? Berdosanye aku mempersoalkan keje tuhan. Ampun kan aku Ya Allah.

Luka di badan cepat lg sembuh dr luka di hati. Sayang hanya di bibir. Kenapa aku kena pahami keadaan org..tp xde org nak faham aku. Byk hati nak kena jaga. Tp hati aku diabaikan. Hari demi hari org yang aku sayangi menyiat aku sikit demi sikit.

aKU TAKUT bila ape yang aku TakUTI telah hampir dengan aku.. aku takut aku tak mampu menanganinya..Takut jika kesabaran aku betol2 hilang..Takut jika sayang aku hilang bersama.

Friday, March 23, 2012

Menciii

Penat2 balik keje igt nak bawak parents jalan2 sambil makan2. Dari ofis dah stress keje tp sempat jugak aku escape dr boss...cabut lari before die panggil aku. Otak berserabut. Tp xsedap plak pk ade tetamu kat rumah nk dibiarkan je. Tambah2 lg cik karbie dh bg 3 keping tiket wayang free. Tp alih2 lain jadinya. My bro dah plan ngn parents nk kuar makan malam ni. So kira dah cancel la plan aku ni. Tp tak tahan nye..seme dah pg tak seorg pn pelawa aku join. sob sob.. :( sedey la plak.. Penat2 aku pk dr tgh hari nk ke mana2.. tp ok la at least ade jgk org nk bawak parents jalan2. tp pesal dieorg tak nak pelawa aku skali ek?? hahaha terhegeh2 plak kan (jela la). Duk umh masak maggi je la.. dah lama xmakan maggi..asyik makan nasi je..hope korang njoY!!

Dah lama tak update ni..aku sambung menaip lg la..

Work life aku lately stressnya agak luar biasa. keje banyak tak tau nk cakap. weekend keje..weekday keje sampai mlm..hadoiya... aku cuti 3 hari je pn..tp nape la balasan nye mcm 3 tahun tak buat keje. otak aku dh tumpul. nk pk satu ayat Bm masalah tol la. dh tak de pilihan bila projek gomen..tatabahasa perlu A+ .. even aku A Bm SPM (agak bongkak) hehehe tp aku dah lupa la seme tu.. aku tak pasti..aku ni document writer or developer analyst .. aku hanya system tester ma...mane ku tahu format2 ayat bagai.. mencii nye..

Sunday, March 18, 2012

Just#saying

Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini.

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654


Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.

Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).


Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551

Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka. Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.

Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168.

Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.

Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?

Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.


credited to :http://abusyakirin.wordpress.com

Saturday, March 17, 2012

Battle for egois

Kearah kehancuran.. agama seme dah tolak ke tepi. ego di hadapkan. apa nak jadi dengan famly gua skrg?? Demi ego masing2 sanggup memporak-perandakan hubungan suami isteri. Cuba letak diri sendiri di tempat kejadian. Aku tak pro sapa2 tp aku just berpikiran rational. aku tak sokong pon golongan riak sombong. tp aku tak jugak menyokong lau tindakan yang di luar tabii. Demi dendam manusia bertukar jd songsang. Tak de lansung kaitan dengan hubungan intim yer. Ini merupakan masalah keluarga. aku buntu. stress giler. hilang fokus.

"Ya Allah ..hanya Engkau yg Maha Mengetahui..Maha Besar..Maha Pengampun tolong tunjukkan jalan pada keluargaku. Berikan kami petunjuk dan hanya memohon keredhaan Mu "

Thursday, March 15, 2012

Bebek itu itik

(Tajuk xde kena mengena)

Aku gembira dapat berholiday di negara orang. Aku gembira selamat pulang. Namun hati kecil merasa sedih. Penyakit hati ini complicated. Bisa bergembira dalam kesedihan. Bisa senyum dalam tangisan. Waduh..sudah cakap indon. Baru 3 hari di kota bandung. Kalau kelapangan mau aku kunjungi lagi. tidak kepuasan. mee kocok belum lg di rasa. nasi uduk..bebek goreng..apa2 an sih... lupa terus ..oo ada lg..batagor...etc

The Art Hotel + Gallery

Berdiskusi ngan owner T Art Gallery

Aku lupa makanan ape ni..lunch kiteorg ..dlm bungkusan tu nasi..pilih2 dia akan panaskan

Angin nyaman di Tangkubang perahu masih lg terasa. Dingin sungguh bisa melembutkan hati yang kepanasan. Terpikir sejenak..cuaca sejuk begini munkin kadar perceraian di kawasan ini sangat berkurangan berbanding di daerah kepanasa. (lu pikir la sendiri)

Sejuk macam kat korea hahaha

Puncak Tangkubang perahu

Andai ada duit sepikul mau aku borong segala2 buat di kongsi saudara mara. buat diri sendiri lg. Heaven tuk shopping ..mmg semestinya kota bandung ini. ape tak nye. bawak juta2 hanya tuk bershopping. indah jika aku dapat aku yang aku mahukan. The secret... Rumah mode.. the summit.. at Jalan Riau. syurga bagi peng Shopping2 tegar. Untuk ibu2 makcik2 boleh la ke Pasar Baru. Lau nak abiskan jelajah Pasar Baru perlu stay 7 Hari..sehari tuk 1 floor / Lantai 1. Bisa gilak jika yang bersifat keibuan datang ke sini. Tahap murahan nya sungguh melampaui batasan.

Hasrat tuk ke Trans studio tak kesampaian. Masa tak mengizinkan. Bagi peluang pada yang lebih berkepentingan. Tuk orang tersayang seme sanggup digadaikan. Even hasrat hati tidak kesampaian. No appreciate.. No Thanks.. Moga die gumbira dapat apa saja yang dikehendaki.

Bersempena ke kota cinta.. 13 March 2012 juga tarikh keramat tuk aku. Malam aku di akadkan menjadi isteri. Seperti Biasa aku aku beli sesuatu yang simbolik tuk suami tercinta. Mungkin tak bermakna bagi die tp ckup bererti buat aku. Bagi aku bukan nilau uang yang di jadikan sandaran tp tanda ingtan yang lebih penting. Happy anniversary to me n hubby. Masih banyak yang perlu diperbetulkan. 2 tahun masih tidak cukup tuk memahami antara satu sama lain.

Giant Rokok tuk die.. isap sampai insaf

Alhamdulillah aku masih jejak di bumi nyata. Ku mohon pertunjuk dari MU Ya Allah... kuatkan la hati aku..tmbahkan kesabaran aku.. Aku munkin tampak kuat luarannya..namun realitinya aku lemah tanpa pimpinan..aku lemah tanpa iringan..aku masih perlukan guidance ..Hanya yang setia hanya la dari Nya..


(terikut2 cakap indon sih.. tuk post ni jer..nantikan gambar2 yang akan menyusul)

p/s tak terhingga trimas buat miss karbie n mass Panji.. tanpa kalian misi ini tak munkin jd realiti.

Monday, March 5, 2012

Jangan sombong

Malam ini sungguh tak menyangka orang yang dulunya memingkirkan aku datang meraih simpati. Ini dinamakan putaran duniawi. Kalau dulu engkau di atas jangan disangka satu hari nanti engkau akan jatuh jua. Aku bukan ingin bersikap kejam atau sombong. Tapi ingin aku kuatkan hati agar tidak mudah terperdaya dengan mulut manis (jubo mase) manusia ini.

Tinggalkan dulu iklan diatas seketika. Tinggal 3 hari lagi tuk berjumpa dengan my hero yang itam manis kumis sejemput.. hehehe mood ari ni agak santai. no heart feeling.. no moody.. no sedih2..

Tinggal beberapa hari lg aku & hubby & best buddy mau pergi bercuti. hope tis holiday will be good for us. will njoy the moment together.

Everything happen should have the reason. Dulunya korang caci cerca famly aku..skrg ape sudah jadi??? Allah maha adil. Statement ini tak berkenaan dengan perkara yang berlaku di atas..

Moralnya jangan sesekali sombong. Jangan sesekali bongkak. Kalau dah bongkok minumlah anlene sebelum usia mencecah 35 tahun.. he he he Woha..