Wednesday, August 29, 2012

eid mood

Haacumm...bersin sebab berhabuk..wah dh nk abis bulan Syawal ..xhenggat nak update. Lau nk ikutkan byk benda nk tulis tp mood penulisan masih takde. Ada 2 citer nk share ari ni..

CIter pertama:
Dah 2 bulan berkenalan. Seme org tahu kot aku ni asal kelantan. Name pn Nik. Balik raya ni soalan yg femes org tanya..balik mana? brape hari cuti? So nak jd cite aku tny la rakan lunch aku.. Raya mane? ..suara xbrape jelas... jawapan die ---B jer aku dengar.. aku conclude sendiri..JB ker? dia jawap...eh tak la KB ..HAH ??? WHAT KB ??? damm ckap kl kot selama ni ngan aku. cissss sengal2 je rase.. mls nk layan terus tukar topik..
moral: nape korg ni?? malu ke nk mengaku negeri sendiri.. ni dh kali ke 3 aku tertipu dngn kawan ofis.. ckp KLHELL tp rupanya MEK KELATE..  dammm


Citer kedua:
Perjalanan ke CM ari ni..xsangka nyaris2 kakak baju kurung hijau di langgar bus metro. Sial punye driver bus. Aku pn nk melintas time tu. kt zebra crossing lg. aku dh sampai separuh tiba2 bus laju giler dtg dr arah bertentangan,.. so aku patah balik.. tp kakak tu dh melintas dr arah hadapan mmg xnampak bus dr belakang. mmg 2 3 inci je lg nk kena langgar. aku tergamam..seme org tergamam..sib baik kakak tu sedar dn lari2..alhamdulillah umur die masih panjang..lau tak..mmg mati depan aku gamak nye... tolong la mana2 pihak ambik tindakan pada driver2 bus metro yg xberhati perut ni..bawak bus cam org giler..

CIter raya:
malas nk tulis.leh baca kt  blog pak ron jer la  http://atleastispeak.blogspot.com/  (tumpang kasih pakron)

Lain2 : aku nak ucapkan selamat hari raya selama sebulan... ampun maaf dipinta andai terguris dan terkasar..seme yg buruk dtg dr aku..yg baik drNya.. selamat pengantin baru tuk my Bro Sa.. moga berbahgia ..

***sekitar raya aku tahun 2012..agak sakan sampai pengsan..sekian




Tuesday, August 14, 2012

Raya sudah hampir

Petanda raya sudah dekat..berpusu2 org beratur nak tukar duit raya. Alhamdulillah rakyat Malaysia masih prihatin. Kekayaan tuk dibahagi2 bukan tuk diri sendiri. Aku turun naik bank nak tukar duit..last2 tempat keja aku jugak jd sasaran. tu ler berlagak nk g Ambank la..public bank la..Rhb la.. sib baik xpg Bangkok bank..Desperado,. awal2 xnk tukar. Hurm walau gaji aku masuk after raya tp aku tetap xnk ketinggalan nk bg2 duit raya pada anak2 buah dan sedara mara.. tp lau sikit tu so sorry.. budget xcukup dik.. tukar bnyak duit RM1 baru leh bg ramai2 ..lau RM5 ..baru brape org lepas... anak buah ada lebih dr 50 ...homai... putus seme urat2 mendengarnye..xcampur lg ank kawan2.. 

 Mane pegi nye angpau HSBC ...hehe

Kali ni pembahagian dibuat camni : bg sekolah rendah RM3.. sekolah menengah RM5 .. yang Universiti RM10 .. yg xkenal tp datang rumah nk kutip duit.. bg RM1 sudah.. anak2 kawan rapat RM10/ RM20 .. total xtau lg.. balance2 buat byr minyak kete aku..hahhaha

Budget makcik kurang tahun ni..baju raya xbeli lg..kueh raya ada la 5 bekas..kasut raya xbeli kot..sangat sederhana kan.. sob sob.. 


Monday, August 13, 2012

Info Terapek

PDRM information obtained!!!
 
New PDRM Speed Trap Cameras Locations
 
PLUS (Northbound)
Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
 
PLUS (Southbound)
Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
At 296.5km and 297km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
 
Elite Highway (Inter Connection of MidEast/North)
On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
 
Elite Highway (Inter Connection of MidWest/South)
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
 
NKVE (East/North Bound)
300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
 
NKVE (West/South Bound)
Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
Below railway bridge at 11.2km
Under the bridge at Shah Alam junction.
 
East Kesas Highway
Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesa Klang
Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
 
East Coast Highway
East bound, downhill run after Raub junction.
Maran, 60km/h zone.
Paya Bungor, 70km/h zone.
 
Johore State Area (South Bound)
Tangkak junction.
Under the bridge after Yong Peng
North junction at 97.3km.
Ayer Hitam junction.
Sedenak junction.
 
North Malaysia Roads (North Bound)
Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
Before Perwaja Steel.
Sg Petani junction.
Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
 
North Malaysia Roads (South Bound)
Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
 
Perak State Roads (North Bound)
Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
 
Perak State Roads (South Bound)
Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction






Sunday, August 12, 2012

Luar Biasa

Aku bukan wanita biasa:
  •  menteri kewangan - mengira budget pada awal bulan dan membuat adjustment pada hujung bulan
  • pegawai penyiasat - menyiasat permasalahan keluarga ARFAH (abdul+sharifah) bila mana ada problem berbangkit aku akan dikerahkan / kadang2 jadi spy
  • pakar motivasi/kaunselor - bila ada problem ramai yang akan datang merujuk..meluahkan..
  • rakyat - tuk memeriahkan suasana aku diperlukan tuk meramaikan keadaan
  • boneka - sering juga diperkotak katik oleh keluarga.. tempat melepaskan kemarahan..tempat menunjukan kuasa.
  • saksi - aku punye banyak bukti..aku mampu membawa bukti ke pengadilan
  • pesalah- sering dipersalahkan atas kelemahan yang ada 
  • isteri - pelengkap suami yang sedia lengkap
  • wanita- kaum lemah dan berendam air mata
  • hamba - hamba Yang Maha Esa
 

Friday, August 10, 2012

copyright:Pemerhati Sunyi

Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.

Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.

Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ’tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!” 

Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk)  akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang  baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’? Apakah  kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”

Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!

Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’ (sia-sia) ini.

Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.

Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau  yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.

Mula-mulanya hanya  berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai  melayan perasaan”, “isteri tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.

Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.
Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.

Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.
Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kej

emuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.

Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!

Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa.  Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.

Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!


***Aku tak mungkin dapat menulis sebaik ini... Share: credit to :GEnta Rasa

Kesik

'KESIK' (Berasal dr Timuran peninsular Malaysia)

Masih lg cam biase. Aku malas nak update2 pasal makan2 bukak puasa..or ape2 ulasan pasal bulan puasa. Cuma cuba tambah kan amal ibadat anda semua di bulan mulia ini. lebih2 lg 10 mlm terakhir. Kalau teringin tuk bertemu dgn satu malam yang ganjil ..malam terbaik ..mlm LailatulQadar. Aku antara insan2 jahil xdapat nk menikmati bulan mulia ini dengan sepenuh jiwa. 2 kali aku diserang pendarahan wanita. Ape boleh buat. tak de rezeki .. solat sunat raya pn belum tahu lg. Cukup la berselawat..beristifar dalam bulan mulia ini. EH dah jadi ceramah agama plak. Hurm aku tak layak tuk bicarakan seme ni. Aku insan jahil dan masih lg belajar tuk melengkapkan diri sebelum menjadi mayat.

Okey berbalik pada tajuk utama aku td (Kesik). Korg tahu meaning die. Kesik=sunyi=jiwa kesunyian=suasana sunyi dan misteri=quite=lonely=solitary=etc

Ini adalah gambaran jiwa aku sekarg.. dalam kesunyian ini aku didatangi macam2 penyakit lately. Aku hanya mampu berdoa agar berlindung dibawah perlindungan Allah s.w.t . Tak de sapa boleh tolong selain dari Nya. Alhamdulillah walau dugaan datang aku masih lg kental. Dalam pada kesakitan ni..xsemena2 dh kurang 3kg minggu ni. Ramping la aku raya ni.
"Mata yang melihat takkan sama dgn bahu yang mengalas dan tak mungkin sama dengan kaki yang menampung namun semenya terletak pada hati dan minda yang mengawal segalanya. "