Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai
isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang
dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan
sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian.
Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh
sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu
segalanya hambar dan tawar.
Jika itu yang sedang terjadi pada diri
kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah
keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri.
Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh
mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau
bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam
menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah,
alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya
Rasulullah saw.
Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan
didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ’tauhidic
mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia
berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan
dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang
lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian,
oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa
memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam
Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku
sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”
Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu,
sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam
genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang
nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam
dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta
mahkluk) akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta
Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta
yang lain akan turut rebah.
Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita
akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata
dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila.
Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran
cinta yang baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan
kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama
ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan,
bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.
Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman
tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini
hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk
menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan
masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra,
berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman
tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina.
Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana
bermesra dengan isteri atau suami orang.
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang
paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada
orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan
lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri?
Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan
segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi
mesra’? Apakah kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau
‘isteri tanpa cinta?”
Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri
ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri
di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya
sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau
wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah,
tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan
air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi
dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala
merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas
lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!
Itu kisah suami atau isteri yang berkerja
di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka
punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula
dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan
era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh
diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus
komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber
menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’
(sia-sia) ini.
Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak
diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan
yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta
sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah,
akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan,
berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet,
samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit
cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.
Bayangkan bagaimana teganya seorang
isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela
mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada
seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan
menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela
meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih
hatinya yang bermata biru atau yang berkulit hitam. Atau ada pula suami
yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya
untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.
Mula-mulanya hanya berkenalan, kemudian
berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing.
Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini
memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah
sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai melayan perasaan”, “isteri
tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga,
mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun,
sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala
keaiban dan kecacatan pasangan.
Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua
nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah,
dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak
dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian
itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love
you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya
siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah
digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.
Orang di sebelah sana, penuh rencana
licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan
habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah
yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan
datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti
dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi…
kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang
menganga untuk menelannya.
Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu
akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih
mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar
negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih
kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya
tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu
akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit
dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui,
kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.
Jangan menyelesaikan masalah dengan satu
masalah. Kesepian, kelesuan dan kej
emuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.
emuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.
Sepatutnya, masa yang terluang digunakan
untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang
meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca
Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala
sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang
solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan
untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa
seolah-olah tidak mahu pulang!
Alangkah sia-sianya hidup jika masa
banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon
ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram?
Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam,
mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah
dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan
seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah
kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati
yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak
dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai
suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan,
khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?
Kemanisan beragama hanya akan dinikmati
oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah
di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan
kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan,
penderitaan dan kekacauan jiwa. Teman tapi mesra dan memiliki kekasih
maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat
Islam kini.
Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong,
tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam
dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap
apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan
jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang
menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka
begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba
keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki
untuk dituju!
***Aku tak mungkin dapat menulis sebaik ini... Share: credit to :GEnta Rasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.