Thursday, July 28, 2011

menunggu itu membosankan

Perkara yg aku paling xsuka..kena datang awal ke airport ..menunggu dlm 2 jam seorg diri..tension nye.. tp kena tahan..sib baik ade access tenet.so leh la wak2 bz..bia pn kiri kanan lelaki..tp kali ni mat saleh dh kt sebelah aku.,xmacam ari tu..mamat kelim...mayb hidup aku bakal berubah.. kena sabar sedikit.

mungkin dugaan kali ini..Allah nak aku lebih bersabar dan menjadi hamba yg bersyukur... so sabar shima...sabariah....

pulang kali ni tuk menyambut kedatangan ramaddan.. next week kite semua akan berpuasa.. make sure we all prepare mind n soul..

walau ramddan kali ni ttp disambut tanpa suami tercinta..tp harus juga bersabar...seme ni kehendakanNYa..

xkira di mana2 kite berpuasa... hati yg iklas..dan sujud syukur kite pada Yang Esa itu penting.. menabdikan diri pada NYa dan beribadat dgn sepenuh hati ..itu yg penting...jgn lalai dgn keindahan duniawi..huhu cam ustazah plak...

mmm smlm aku n the geng discuss ttg ajaran sesat..sungguh xsangka.. dlm kemodenan manusia ttp idup dlm kekolokkan(ade ke ayat ni).. lantak lahh
ni cite benar...pelik tp benar. manusia yg berpendidikan tinggi bleh terjebak dgn ajaran sesat yg sah2 lau kite org normal leh berpk benda ni masuk akal ke x... ohh dunia

harap kite seme dilindungiNya dan dijauhiNya dr perkara2 mungkar dan dosa besar ini.. aminnn

Wednesday, July 27, 2011

Bubur Jagung

Yea... successful bikin bubur jagung ala aku sendiri.
Resepi nyer:
3 batang jagung yg dibeli di tanah tinggi cameron. (jagung mane2 pn xkisah sebenrnya)
sagu
gula melaka
gula
garam
daun pandan
santan
air

Tggu sampai masak.... taraaaaaaaaaa berjaya... cubaan pertamaku. walau color kurang menarik tp hasil nye..yummmy.. bleh la tuk bg org2 biasa makan. huhu

Masih di dalm periuk... byk giler


taraaaaaaaa...dh leh makan..

Tuesday, July 26, 2011

Egois

Egois??? lg sindiran dan herdikan tuk aku. pedih dan perit bila di lontarkan kata2 sedemikian. tp diri kita org lain yg menilainya. mungkin meraka benar. aku hanya terima seadanya.

xbetah tuk berkata2. setiap butiran dr mulut aku akan hanya di salah ertikan. ini kah erti kehidupan sebenar??? keadilan tidak pernah wujud. manusia senang menuding satu jari kpd org lain yg mana 4 jari menunjukkan diri kita yg bersalah. tp ayat ini agak klise.. aku pn naik menyampah. tp hakikatnya ianya benar.

pada pandangan mereka2 ini, tuk menjadi org yg tidak egois aku perlu angguk dan tidak geleng. jgn pernah menjawap kerana itu hanyalah alasan. jangan hidup berajakan alasan kerana kamu seorg yg egois. jgn pernah mencari alasan. alasan sekadar tuk menlindungi kelemahan diri.

walhal tidak akan berlaku apa2 kejadian tanpa alasan. sesuatu yg terjadi mmg sudah tersurat atau tersirat. xsemestinya alasan itu sekadar rekaan. itu adalah reason why we did something, tuk perkukuhkan alasan ini kite akan support dgn benda2 lain. sebagai penambah perisa.

air mata lg peneman setia. tiada bahu yg sanggup dipinjamkan tuk aku menangis. teriakan aku hnylah satu kekalahan.. U the Looser Shima. accept tis!!! if not u will be called Egois!!!

jgn pernah idup tuk memberi alasan.:

no reason no understanding...no compliment ...no query n... tat it..

andai umur aku xpjgn .. ::
>aku xpernah berniat tuk menjadi seorg yg egois..
>benda jahat yg aku buat aku xmaksudkanya..
>aku juga insan yg jahil..xkn pernah beri yg terbaik yg kamu2 idamkan
>anak yg xsempat berjasa pada ibubapa (sian mamy n ayah) so sorry
>demi menutup keaiban individu..aku terpaksa terus menerus memberi alasan
>biasanya tindakan aku berlandaskan sesuatu yg aku xpasti dan bukan aku ada2 kan
>aku hamba yg hina
>hidup di dunia mmg sukar
>dunia sgt complicated

mungkin sudah tiba masanya tuk dicanang keperitan kesusahan tuk ketahuan umum. senang la mereka ketawa dgn persembahan ini. boleh lah hiburkan para sahabat2 rakan taulan dan ahli keluarga..kesian mereka dh lama xliburan.. kenapa nk disorok benda yg ternyata kelakar.. berkongsi ketawa tu wajar..menolong sesama manusia dlm kesenangan itu harus...yg dlm kesusahan perlu dihindari supaya xmenyusahkan diri sendiri. realiti ini xperlu kite nk bersenlindung lg.

tahniah di atas kejayaan ini...bravooo...kedebummmm..fire cracker ..firewall ...seme besorak atas kemenangan kamu. cuma botol2 wine xbleh la join...haram ..islam

sesak dada petanda diri pengalah. padan muka!!

Ya Allah kuat kan iman ku...tabahkan hati aku..murahkan rezeki aku..percepatkan peluang kerje.. tambahkan kesabaran aku..aminn
>

kesenangan dan kegembiraan aku yg xberpanjangan.. Allah tetapkan semuanya.. aku kena redha...

Thursday, July 21, 2011

kasih ibu

kasih ibu sampai ke syurga dan di bawa mati. xde yang mampu membalasnya. skrg rata2 kt facebook ke, blog ke, atau bualan mulut kemulut berckp ttg keletah anak dan kasih syg seorg ibu terhadap anak mereka. ya bg aku seme itu xsalah. semua sibuk membuat status2 kt fb betapa sayang nye mereaka pada baby2 mereka.. kasih syg mereka pada anak dan suami. (aku tahu seme ni xde salah pn) malah ianya mmg baik tuk mengekalkan kebahgiaan rumah tangga.

tetapi jarang aku dpt baca status2 ttg ibu. kite sbg anak sudah lupa ttg kasih syg ibu pd kita. bila di imbas kembali masa hayat kita ini betapa byk nye dosa kita pada ibu.

terlintas aku pada hati ibu bila saat aku dilahirkan didunia. semestinya gembira hati nya sama seperti gembiranya rakan2 aku skrg. ibu sgt sayangkan aku sampaikan seekor nyamuk pn xdibenarkan hinggap. mendidik dan mengasuh aku yang byk ragam ini tidak disesalinya. pengorbanan ibu xde tolak bandingan. susah pyh ibu dulu tak sepatutnya aku dilupai.
ini adalah peringatan untuk diri sendiri. bila ada keluarga sendiri kita tahu tuk menyanyangi mereka..tp kite sering lupa pada ibu bapa kite. kadang2 nk bertanya kbr mereka sebulan sekali pon susah...ade juga terjadi anak memarahi ibu bapa mereka kerana tidak memahami keadaan mereka... tp pernahkah kita tanya diri kita sendiri.. pernahkah kite memahami ibubapa kite.

aku tidak menulis ini untuk menyalahkan sapa2 tp ini mmg berlaku didepan mata aku sendiri...bila melihat kasih syg yg kawan2 aku tunjuk pada anak2 mereka...aku mula terpikir...semestinya ibu aku dulu juga seperti mereka. bangga dengan kelahiran aku,..anak2 bila dewasa lupa akan org tua mereka , aku tahu perkara ini xberlaku pada semua org..tp ianya mmg berlaku di sekeliling aku.. so sad.. kesian ibu bapa yg meniti hari2 tua mereka tanpa kehadiran anak2 dan cucu tuk bermanja.

aku xdpt nk bayangkan lg mcm mana perasaan sebenar sbb belum lg ade rezeki tuk merasainya.. insyallah jika di izinkan Allah..aku juga akan menjadi mama satu hari nanti..insyallah aku akan pastikan aku xkan lupakan dan derhaka pada kedua orang tua aku.

Mummy ...i love u.. Ayah.. i love u

Tuesday, July 19, 2011

LAwak giler

Hari ni aku terjumpa pasal mengawan.. sila baca kt bawah >>>

haii.. i've a male persian n he is 9 mth.. i really looking for a female persian n longhair urgently.Italic
Syarat2 untuk mengawan/mating :
1.Pasti kan kucing anda sedang "ON-HEAT"
2.Kucing yang dibela di dalam rumah sahaja.
3.Bebas dari kutu dan sihat
4.Jangkamasa mengawan : 7 Hari
5.sila bawa makanan,cage n cat litter box sndiri.. cat sand will be provided

*kucing anda akan dijaga dgn baik di dlm rumah.. if d mating sucsess d babys will be divided 50-50


Haiii skrg kucing dh xmampu cari pasangan sendiri dan..termasuklah si Johnny nie.. aku dh malas nk tahan2 die kt dlm rumah..aku bia je die cari makwe die kt luar...sbb nampak cam dh hi jer...tp heran die xnk kemana2...duk je dlm pagar... pastu buat bising kt dalm umah...tensen gua camni..

Saturday, July 16, 2011

Salam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah tiba sudah malam nisfu syaaban. sana sini sibuk berpesan sesama sendiri...maklumlah manusia ni mudah lupa... ni satu petikan yang aku ambik dr fb fans. tp perlulah kite igt jgn pada hari tertentu sahaja kite sibuk beribadat..seharusnya ibadat dilakukan berterusan demi mandapat keredhaanNya.

BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.-Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.-Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.-Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.-Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya-Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.-Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.-Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.-Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.-Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)-Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)-Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”-Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

*Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.-

Aku mulakan mlm ni dgn bacaan Yaasin sebyk 3x...semoga Allah bukakan hati aku semua supaya perkuatkan iman dan menjadi hamba yg beramal soleh...di tempatkan bersama2 org yg soleh..moga aku tidak lalai dgn godaan dunia..murahkan rezeki..bahgiakan aku dunia dan akhirat... aminn

Friday, July 15, 2011

cik viv dh buat hal

nape ari ni plak die nk condemn citt ...jgn la merajuk cik viv oii... aku bukan sengaja gosip kt blkg ko...nk kasi ko angkat sama olang lain tp keadaan memaksa aku.. nape ari ni nak wat hal. sok aku dh ler ade exam. teruk la camni. mane nk cari mlm2 buta ni makanan ko... plzzz..i need somethg miracle.. plzzzzzzzzzzzzzzzzz plzzzzzzzzzz

Thursday, July 14, 2011

sok sek2x

Datang pula informer yg ckp jin betina ign mencari pengikut untuk bersama2 menerajui tampuk pimpinannya... dulu org nak..ko xkasi..macm2 alasan..skrg terhegeh2 mencari2... dasar betina murahan.. menangguk di air keruh... moga ko akan tenggelam suatu hari nanti.. beruk kencing berlari...die kencing sambil makan2..bersama2 kumpulan dajal2..

Monday, July 11, 2011

keno sebutir...

"kecek mace taik""

sedap mulut ngato.. xse pk dulu ko sblum ngato tu.. bkpo demo jah bleh kecek uduh..bakpo time kito kena pk perasae demo!!! igt ari ni bleh update pasal cuti kt balok,pahang...last2 jd bolloTT...

kalu aku tunjuk otok..demo susoh hati..kalu aku tunjuk suko2 demo kate aku xkabar igt... pah hok mane so nk wak. acu try sele dale ati aku..try pehe jiwo aku skali skalo..demo tgk kito duk galok2 duk suko ...demo igt kito sene sgt ko!!! xkae nk tunjuk air mato kotre. baik lg aku tunjuk aku suko dr derito kot re.

aku suko sbb aku malas nk pk ko masalah ni blako2.. kalu aku pk2x wak sakit otok.mace loni aku jd sakit hati..sakit jiwo doh nie.. sapo gak hok nk mari kesat air mato aku loni??? demo sedap jah kato gotu goni..aku hok alami nye..

timo kasih bayk la.. tp igt la.. keno gie demo pah ni..baru demo rase!!!

Thursday, July 7, 2011

Kembali

Yea.. I'm Back ..back to normal...

Ok la skit keadaan aku..so dh bleh on blog ni.. 2 3 menjak mendiamkan diri sbb ade org xpuas hati ngn bloh ni.. lantak la ko.. aku ckp benda betoll.. tp malas nk besarkan citer ni.. lupakan saje..

tp best plak bila diri ni ade stalker ..cam artis pn ade..xsangka..ade org sibuk2 nk tau pasal diri aku.. jg dulu diri ko baik2.. Tuhan bukan byk... Allah satu2 Nya.. tunggu la balasan nanti.. aminn

sesak nafasku

Bersamaan bulan baik dan mlm jumaat, aku tidak lupa tuk membaca surah Yaasin. selesai je bacaan aku jadi sebak..nafas aku turun naik.. fikiran aku tiba je terimbas kembali saat2 akhir iaitu hari terakhir aku di pejabat MQ bulan lalu. kalau nk dikira masih berbaki 1 minggu lebih je lg tuk aku betol2 habis kan notis tender resign. ntah kenapa tiba2 fikiran aku kembali pada saat itu. sungguh tidak enak.

sememangnye angin kampung ini hampir seminggu bisa memulihkan aku dr keperitan ..kesusahan..yg bakal aku hadapi masa depan. tp tempoh bercuti ku sudah hampir tamat. aku perlu ke kuala lumpur tuk mencari rezeki. walau pelbagai tohmahan dilemparkan ttg keburukan kuala lumpur..tp aku yakin rezeki aku masih lg di sana. ape nk susah dgn pendapat org..mereka hanya tahu berkata..tp cuba mintak tlg..jgn harap la ... belajar dr pengalaman la beb!!!

lalat hurung taik... semut hurung gula..manusia hurung duit.. (pepatah aku cipta ni)

Sunday, July 3, 2011

angin kampong

dh 2 hari kt kg.. seawal pg sudah bangun walau semlm koraoke kt rumah my sis sampai pkl 3 am. sejuk....aman...tenang... ini la life kt kg. idup tenang xpernah lupakan tanggungjawap pd agama. perassan aku up side down lg. kadang2 ok..kadang2 rase sayu je bila pkkan pasal keje. kadang2 lupa seketika masalah keje. xtau bila rezeki aku akan tiba. ari ni sepatutnya ade satu lg temuduga tp sbb duk kg so melepas la lg..

idup ni mmg macam ni. lau kite tunggu xde..lau kite xde die ade..fuhh pening gue.

org jauh ntah ape kbr nye. sring kali diri ini di salah erti.. xfaham betol la. lau aku xtau nk manage idup aku..sapa lg nk tlg manage tuk aku. kalau kedua2 tenggelam xke lg parah. sepatutnya respek la skit ape aku buat. tp ntah la..lain org lain pandangan,.ego dah menguasai diri..susah la.

mmg susah nk jd manusia yg rendah diri dan sedar diri. aku pon xkecuali. aku kena igtkan diri sendiri akan tidak sesekali lalai dgn godaan duniawi. bia setinggi manapon aku berdiri..aku akan ttp sedar diri. xkan mudah menyerah. diri aku tanggungjawap aku.

Saturday, July 2, 2011

ini kenyataannye!

saat kite jatuh..saat kesukaran..saat dlm kesusahan.. ini la masanya kite mengenal erti kehidupan. kite kenal erti kawan dan lawan. teman setia atau teman gembira. teman ketawa mmg terlalu ramai. tp teman di kala menangis sukar di cari. syabas kepada teman yg setia bersama di kala susah dan senang. aku hargainya. aku sayang kamu. hanya Allah dapat membalasnye..insyallah lau di murahkan rezeki..di panjangkan umur..di kurniakan rezeki melimpah ruah kepada aku.. kamu xmungkin aku lupa selamanya.