Sunday, November 16, 2014

Sign

I dont really like tis kind of atmosfere.. lepak!
Kedai kopi.. mamak... Dah2x la.. masa muda dh berlalu..nape nk buang masa.. ini semua unhealthy routine. I not come from tis kind of envi.. tis look weird for me.. it ok for sometime..but not everyweek. Am feel sick  waiting wit scarry feeling

Saturday, November 8, 2014

Mata tak nak lelap lg oii

Masih blum tido.. dr 6am-3am... Almost 24 xtido nie.. bila sendirian..penyakit lama datang kembali...kepala dh sakit..mata xnk lelap..kerana hati ketakutan..

Dalam kite duk takut2 ..die senang bersuka ria rupanya.. xtahu sejauh mana kebenaran..tp hati kecil dpt merasakan somethg fishy.. he hidden somethg for me.. but Allah always send me some hint..then i know.. it called.. gerak hati isteri..
Wat ever u r.. hope dilindungi yang Esa.. berkata jujur adalah lebih manis.

Friday, October 31, 2014

Lemah

Janji dh termeteri..bukan cakap kosong..sign pon dh tunjuk..verbal pon sudah..xkn xfaham lg..

Makan hati sejenis makanan aku xgrmari.. pon boleh la time lapar gini. Kadang2 aku perlu difahami.. bukan hanya untuk memahami sahaja..

Penat bila kena membanting tulang sampai ke petang..nk kais celah mana lg..keringat yang mengalir harap ada yang hargai.

Sunday, October 26, 2014

Busan

Xdpt nak tido..dr petang sampai la pkl 12am headache. Pecah kepala.. suami bersukan lg sampai embun jantan jatuh..lama kemain..dh kalah atlit nagara gayanye.. untung laa.

Aku rase bosan.. aku perlukan percutian yg damai. Biru lautan..hembusan ombak..mandi manda... Sejuk2.. i really miss my free time wit great frends ..need vacation now.. but impossible.. nk g yg jauh xmampu.. nk pg yg dkt xdilayan.. im stuck here

Satu lg yg penting..xde coverage tuk hp..misti sgt damai kn..

Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah

Mukadimmah...

Hubungan yang baik adalah bila mana kau ceritakan semuanya kepada pasangan kau. Dari seremeh-remeh hal kepada segala abah besar punya hal. Biarlah cerita yang kau cerita tu berulang-ulang pun.. Cerita jela selagi yang tukang dengar tak sound..

Bila komunikasi antara kau dengan dia tak ada, disitulah bermulanya perasaan mula berubah dan mula cari sesiapa yang lain untuk kau bercerita. Kadang-kadang, bukan sebab kau suka orang tu ke atau apa tapi kau cuma nak orang dengar kau bercerita, membebel, jadi punch bag dan bagi pendapat/nasihat sikit-sikit je dah lah.  Jadikan pasangan anda kawan baik anda..

Aku cedok skit dr blog lain.. rase mcm true thinker

Anyway.. salam maal hijrah...selamat tahun baru..azam baru

**cerita smlm..semua urusan ke tanah suci selesai..alhamdulillah..cant wait..

Monday, October 20, 2014

Sila jangan memfitnah

Berani pada kebenaran..
Takut akan bayang2..
Kalau la keimanan boleh di timbang dan dilabelkan..
Kenapa misti melatah jika kamu di tempat yang benar..
Pantang aku kalau org buat tuduhan palsu..fitnah tau tak..menfitnah org adalah dr golongan munafik..fasik

Sunday, October 19, 2014

Keseluruhan

Keseluruhan Hampir gagal.. c-
Tetamu ibarat raja.. apa lg tetamu itu ahli keluarga...lebih2 lg ibu bapa kita.

Plz la.. ketepikan la hal peribadi seketika.. tetamu xselalu pon datang. Nape nk pentingkan diri kita? Aku dh terbiasa raikan tetamu..aku bukan nk perasan bagus.. aku cuba raikan mereka sebaik munkin.. bukan nk hopokrit. Penat nk berkerja esok sanggup lg bersengkang mata layan.. aku bukan nk mengunkit..tp aku xrasa pon terbeban walau esoknya aku kerja aku lmbt ke ofis sekalipon.. aku xrase bersalah..aku pasti Allah sentiasa redha dgn niat aku walau aku lambat untuk ke ofis .. hurm
Bawak famely jalan2 dh biase sgt.. xkira kewangan meruncing atau tidak.. raikan mereka paling penting..

Ternyata aku kecewa layanannya tuk my parents.. munkin die ada alasan yg lebih baik.. i really disappointed..really2x..

Dr 730pm... Skrg dh 951pm.. xjugak sampai tuk makan malam..

Semalam... Lewat.. hari ni?

I can Conclude..:
Diri sendiri.. Kawan2..then.famly..

Friday, October 17, 2014

October bakal pergi

Dah nk mengahkiri Oct sudah..hampir terkubur kesah september aku. Bz yg amat xsempat nk update segala benda berlaku. Dalam kesedihan sep ada jugak kegembiraan nye.. aku sempat meluangkan masa bersama sahabat2 korib di Port Dickson.. siap ade surprise party.. bbq.. semua ahli bangkok join termasuk 2 ahli baru.. ali n ammar. Ali laki aku.. ammar ank mazlina or ank angkat kami jugak. Dlm masa semput2 sempat plak balik kg beraya haji.. 1st time aku involve sesi korban..dr jual beli lembu..masuj hutan..tgk org sembelih..agihan daging..belah lembu.. agihan2 aku cuma permerhati sampai abis.. blk rumah..siang daging potong tgk n makan..lengkap.. so tamat sesi honeymoon aku berpantang strict 2 week. Skrg dh 30hari+ aku dh main tipu2 ade je aku mkn benda2 mengarut. Berat pon dh naik..dr 59kg skrg dh 62 kot..byk penempelan lemak2.. haiyooo.. sempat rase berat ideal zaman remaja.. kesedapan sementara.

Skrg oct hampir meninggalkan aku.. byk kerisauan melanda. Kadang2 teringin nk enjoy mcm dlu.. tp ingtkan balik ape target tuk disember aku jadi sedar diri. Hanya 2 bulan je lg.. persiapan mental fizikal rohani jasmani.. kelaut. Hanya doa mengiringi setiap saat. Agar Allah permudahkan urusan. Penat aku nk pk benda sama hari2. Bertimpa2 masalah menimpa lately. Sepatutnya urusan dokumen dh submit last 2 week. Tp ape dh jd.. esok sabtu terakhir. Sabtu depan dh awal muharram. Org for sure cuti. Sabtu minggu satu lg dh Nov. Ya Allah.. ko beri lah aku kekuatan. Aku xkuat nk siapkan semua perkara. Semoga Allah tambahkan kesabaran aku..permudahkan urusan di sebelum dan selepas.  Hanya mampu berdoa. Bukan xde effort tp asyik ulang benda sama..lama2 jd bosan.. aku harap tiada istilah putus asa dlm hidup aku. Insyallah..aminn.

Bila mana menghadapi kesukaran..hanya doa mengiringiku..nescaya aku dpt keluar dr kepayahan ini.  Mata org memandang xterasa beban kita memikul. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  #prayformysuccess

Monday, September 22, 2014

Info keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
*********************_________*********************

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari

- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari

- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
**************************************_*_@@@_*

Dah naik seram bila baca psl keeguguran.. rata2 mengatakan keguguran lebih dasyat dr pantang kelahiran.. aku risau dgn tahap penjagaan aku sendiri. Xde guideline ore tua2. Herbal aku ambik ala kadar je.. Ya Allah kau lindungi la aku. Lately aku on off rase nak demam..kakak aku ckp org panggil bentang.. sbb xjaga betol2.  Uwaa.. omg...byk sgt keje berat aku dh buat..dh la rumah ni xde toilet duduk lg.. jgn la rahim aku jatuh ke ape... Semua agak merisaukan.. rase nk nangiss :(

Wake me up went sep end -Part 3

Hari ini sekolah dah bermula. Hari aku kembali kosong. Dr pg terase perit di paha belah kanan dan pinggul kanan. Serba xkena duduk ku. Aku xnk ambik ubat tahan sakit lg.  Ubat tu doc rekomen tuk 3 hari jer..kalau mbik lebih xelok la kan.

Terbaring jer layan kesakitan. Rase mual pati ikan haruan masih terase. Dh mcm2 aku makan nk hilangkan rase hanyir...kurang berkesan. Masih ada 1 week plus tuk abiskan pati ikan tue...mencabar betol.

Alhamdulillah..dpat juga aku merasai nikmat2 seorg wanita dalam berpantang. Before aku disahkan mengandung aku ada juga menghadapi gangguan emosi..tiba2 nangis seorg2..xtau kenape.. hai ..unik sungguh nikmat ini. Allah bg perlbagai dugaan kepada umatnya. Kesabaran yg paling penting. Redha dengan segala dugaan ini. Insyallah..nk sedapkan hati.

Ooh...september 2014 sememangnya meninggalkan kesan mendalam pd aku.. oyeaa

Sunday, September 21, 2014

Wake me up when sep end - Part 2

Alhamdulillah..genap 31tahun sudah.. tetiba dapat plak hadiah kek yg untuk di tonton shj..bukan untuk di makan owesome..yoww

Dedicate tuk pakron:
Thanks sayang for the surprise..ahakk ..

Walau xde hadiah menarik ..xde ape2.. syg mmg appreciate what u have done now. Ape mcm jd surirumah full time 3 hari ni?? Hehe owesome kan.. good job.. buat air tuk tetamu..kemas dapur..masak..sediakan makanan..cuci pingan mangkuk..skrg tgh iron baju.. marvelous..thanks syg.. setia tunggu kt hospital..dh mcm remote control ek?  Tak de niat nk mendera tp keadaan sy kurang berdaya saing...ada lg seminggu lebih..bertahan la yang.. demi kesejahteraan bersama. Sama2 berdoa dan meminta pertolongan dr yg Esa. Insyallah ade rezeki kita lain hari.
Hadiah terbesar bg sy..u quit smoking tis year..it such a great thgs u did for me n ur self. Well done. Xperlu hadiah lain lg.. ♥♥♡

Dedicate to family and great friends..

Thank you much..xpernah lupakan bday makcik tua ni.. i really appreciate dengan segala doa dan ucapan korang semua.. i love u all ♥♥♥♂

Saturday, September 20, 2014

Wake me up when sep end - Part 1

September bulan yg kami tunggu2. Hari lahir dia dan aku. Sungguh tak disangka hadirnya sesuatu yang dinantikan juga di bulan yang sama. Namun hadirmu hanya sementara. Kehadiranmu dlm seminggu cukup mengembirakan hati aku dan suami. 
Ceritanya begini:
Dua minggu sebelum ini perasaan aku sgt berlainan. Sakit di dada juga agak berlainan. Takde selera makan lansung.. Mlm nye aku mimpi pelik2. Esok pg aku buat keputusan nk buat upt sendiri. B4 pg keje aku test dan agak mengejutkan pertama kali dlm hidup aku nampak ada dua jalur pd tester. Terkedu seribu bahasa. Mcm xpercaya..aku ambik lg satu untuk di uji.. dan keputusan ttp sama cuma calur yg ke dua kurang terang. Aku kaget..terkedu seribu bahasa. Aku xterus hubungi hubby tkt aku kecewakan nye. Aku cuba confirmkan berita ni dgn my sister. Die ckp kalau line satu terang satu tak maknanya hampir2 nk pregnant so belum pregnant lg..cpt2 makan folic asid tuk kuatkan kandungan. Aku serta merta makan oat then makan ubat.. lps tu kongsikan berita gembira dgn hubby. Dr pagi sampai ke ptg kami ckp gembira. Xbleh nk elak dr tersenyum. Mood ke bulan bintang. Tp kegembiraan xbertahan lama. Petang nye aku terasa sakit di bahagian rahim. Aku pg toilet tgk dh ada darah. Aku tkt then terus pg klinik panel kt office. Jumpe je doctor aku cerita dr awal..doc ckp munking pregnant then mintak test upt lg tuk comfirm. Berdebar2 menunggu result.. bila jumpe doc..doc ckp maaf..xpregnant..1line jer. Sangat mengecewakan. Doc ckp munkin sbb dh piriod. Aku kecewa..tp hubby ckp xkisah..sbb ada potensi mengandung lg len kali.
Aku xpuas hati blk je kerje aku pg lg beli tester tg mahal. Plan nk test esok pg tp hubby mintak test pd hari jadi die 12sep. So aku tangguhkan dlu. Pd esoknye darah makin byk..so aku dpt rasekan..aku betol2 dh piriod. So xmunkin aku akan pregnant. Ari jumaat 12hb plak sgt kalut dan pg interview lg..nk balik kg lg..so terlupa sudah tuk meguji lg..

On the way ke kg..sepanjang perjalanan perut aku meragam..pinggang dan paha sakit..aku pk sengugut..aku telan panadol dan sapu yoko2.. dapatlah bertahan. Sempat hantar hubby kursus kt Tasik Kenyir..aku teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Selamat sampai aku bgtau mamy sakit sana sini.. so mummy suggest tuk berurut. Benda yg xpernah aku buat sebelum ni. Esok nye kami pergi berurut di rantau panjang. Balik berurut sgt la selasa. Esok nye kenduri kt rumah kakak ipar.  Aku xsemena2 pg makan nenas. Balik dr kenduri singgah plak makan cendol pulut tapai.. perrgh mmg sedap.

Xlama lepas tu..ptgnye perut aku dh start sakit. Sakit sampai ke mlm. Terguling2 sampai muntah.aku duk pk sengugut akibat nenas jer. Esok nye ade sesuatu terkeluar. Agak kenyal dan berurat. Aku tarik keluar..baru rase sedikit lega. 2jam lepas tu separuh lg keluar. Lepas tu byk darah pekat keluar. Aku xdpt pk pnjg sbb ptg tu dh nk gerak blk kl. Blk kl sempat lg gilir2 drive dgn hubby. Esok nye terus masuk office. Dkt office darah lg banyak setiap 3jam full pad. Aku jd tkt. Diskus dgn kwn2 semua suruh pg klinik. Mlm tu baru sempat ke klinik pakar wanita . Dr cite aku doc dh agak aku keguguran. Kalau baru gugur upt aku akan positive. So aku buat upt test..bila dpt keputusan rasa nk rebah je..positive . Doc bg surat refer tuk ke hospital tuk fully checkup.   Di hospital putrajaya prosedure agak lama tp keputusan ttp sama positive..skrg aku makin yakin ku dh keguguran. Tunggu punye tunggu jam 3 pg baru aku dpt katil..dpt rest kejap..bilik aku hampir dgn dewan bersalin..sekejap2 dpt dgr suara ibu2 menjerit kesakitan..seram betol...dengar nurse2 membebel..tdo aku xlena..menunggu masa untuk dnc. Dlm 6pg baru doc panggil aku tuk masuk bilik sebelah tuk di scan atas dan dalam. Disuruh lg buat upt..lemah betol asyik nk kena kencing jer. Positive..sah gugur..fully abortion. Tinggal saki baki skit je lg..rahim bengkak. Tp b4 tu sempat jgk kena marah dgn doc sbb aku dk terkemuk2 katanya. Aku just ckp out of control doc. Sy xbiase seme nie.. doc dk ckp nnt beranak lg sakit.. ape kejadah..takutkan aku..ape daa..

Seme settle..aku kena inject dgn kejam di paha kiri oleh nurse..sampai berdarah. Ape seme ni.. sabar je la.. doc bg cuti 1week..ok lega dh bleh balik..turun bwh ambik ubt dan bleh balik. Aku xtau mana nk tuju..tp redah la kuar pintu depan..aku tgk farmasi di bahagian bwah..aku kena turun tangga. Pelik nape die x kasi aku turun lif je..langkah aku longlai..pening lalat lepas kena inject..sempat call hubby jumpe kt farmasi. 

Fuhh beto2 mencabar berada di hospital kerajaan nie..mmg terbaekk..tq doc..tq nurse.. apalah sngat dugaan ini..kan..nipis sgt.. 

continue...

9sep-positive test

10sep-negative test

12sep-bday hubby

16sep-miscarriage

17sep - full abortion

Selamat berpantang sehingga 27 oct 2014

Tuesday, September 9, 2014

Tahun ke Bulan ke Minggu ke Hari

Sudah 4 tahun 5 bulan 3 minggu 6 hari rupanye..
Sungguh hampir dengan 5 tahun jika di panjangkan umur kami..
Untuk tahun ini boleh dikatakan usaha antara yang kemuncak.. abis-abisan aku korbankan.. Diri dan Wang tiada nilaian.. aku laburkan..aku habiskan demi usaha mendapatkan rezeki Allah yg xternilai. Berkorbar2 semangat ku di awal tahun..di Bulan mulia juga kemuncaknya..aku istikomah aku cabar diri sendiri.. namun sekarang ianya hampir pudar.

Di mana semangat aku? Di mana istikomah?? cakap kosong? Ape sudah jadi.. ?? perjuangan masih diteruskan walau aku dpt rasakan aku hampir putus asa. Pencarian demi pencarian.. demi mendapat semangat yg hilang. Ku rasakan perjuangan aku sendirian. Ntah aku kuat atau tidak tuk mengharungi dugaan ini. Aku yang tak pernah sempurna.. namun aku juga makluk kejadian yang Maha Esa.

Masih tinggal sisa2 3 bulan lagi.. bersediakah aku? Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Ya Allah.. moga kau jadikan la aku tetamu Mu.. Berikan aku kekuatan ..Amin..

Saturday, August 30, 2014

Menipu padahnye ...

Hurm..cheat sana..cheat sini..
Dari cheat day..dh jadi cheat week..lama2 complete cheat in 1 month. Good shima..well down..

September coming soon.. no more cheat..no tipu2.. start re induction.. dh naik berat 2  3 kg baru nak insaf..ni la manusia.. abe ron punye pasal.. kegemukkannye..kurasakn kekurusan ku..muhahhahaha..

Kembali istikomah..kembali ingat pada goal..obj..misi ..visi..segala moknikko.. september.. i must start again!!!!!

September 01, 2014
******
Salam merdeka Malaysia.. aku bangga jd rakyat Malaysia..Alhamdulillah Allah.. negara kami masih aman..syukur padaMu Ya Allah.. kau merdekakanlah hati setiap umat islam di negara ini..agar bersyukur dan bertakwa padaMu tuhan yang Esa.. aminn..

Tuesday, August 26, 2014

BerBezakan ?

Pcos journey

Sejak slim skit lama xbergamba seorg..abaikan si baju putih..attend my fren wedding..last 2 week.. rugi xbergambar time berat berkurang..skrg lepas raya dh naik balik skit..
Life must go on.. keep healthy life style.

Saturday, August 23, 2014

Senang dan melarakan

Mudah untuk manusia menjatuhkan hukum. Kekurangan aku menjadi ukuran. Seolah2 aku paling teruk dlm dunia ni. Segala benda buruk aku di ketengahkan. Teruk sgt ke aku? Sempurnanya org lain.. untung la.. kamu dikalangan org yg sempurna. Aku tidak.. dr akal umbi byk kekurangan. Hidup aku agak survival..independent..sampai satu saat aku rase aku hilang tempat bergantung. Semua aku harus harungi sendiri. Hidup aku untuk org lain. Susah aku senang org lain. Hari2 aku sesak..penat..lara.. byk sgt masalah dtg menimpa2. Tiada sokongan..tiada galakkan.. usaha aku hny menjadi kritikan. Aku cuba seiklas hati menyenangkan semua org ..lg2 org yg dekat dgn aku. Tetapi..menyedihkan..org xpernah hargainya.
Kalau aku ckp iklas xperlulah mengharapkan balasas..kn? Adeii ni ni sikp buruk..sentiasa menharapkan penghargaan. Grow up la shima..

Thursday, July 24, 2014

Dugaan Ramaddan

Apabila mendapat perkhabaran baik dan buruk serentak, maksud aku hari yang sama. Aku jd blur. Lansung xde yang mengembirakan. Mood Aku terus down.

Ya Allah, dugaan apakah ini? Adakah ini satu petanda. Bila usaha kite tidak di hargai aku xtahu nak kata ape. Kenapa aku yang jd mangsa? Tp Layak ke aku nk persoalkan semua ni? Emosi tak stabil dr petang smlm hingga ke sahur. Namun Di tambah lg... Org lain xmerasai ape yg aku rase. Normal la tu.

Aku hanya mampu mintak petunjuk dr Allah. Aku xpasti aku masih mampu bergembira d hari raya ni atau tak. Lau ikutkan ini bukanlah penamat segalanya..tp aku dpt rasakan ketidakadilan berlaku. It is time to me to walk away? It is an asign? Ya Allah... Hanya Dia mampu memberi aku ketenangan. Adakah aku xlayak nk merasa gembira macam org lain. Macam2 bermain di fikiran. Aku hampir tewas. Ikutkan hati mahu saje aku hantar notis ari ni jugak. Aku xnk jd kambing hitam!! Cukuplah dlu sekali..not again..  Ya Allah. Kau berikanlah aku petunjuk. Kau tenangkanlah jiwa aku. Beri aku kekuatan. Sesungguhnya aku sangat lemah..insan yg hina lg lemah :(...

Dugaan demi dugaan.. :(

Friday, July 11, 2014

Ooh Rumah Manis

Kemanisan rumah manis semakin berkurangan. Cuaca yang tak menentu mempengaruhi tahap suhu penghuninya.

Ku rindukan 'home sweet home' yg sebelum ini. Ku harap kepanasan ini hanya sementara. Hati meronta xsiapa peduli. Telan selagi mampu di kunyah..

Wednesday, July 9, 2014

Dah 10 hari

After 10day Ramaddan.. ada kemajuan

Monday, June 30, 2014

3 Ramaddan 2014

Puasa sudah kite. Cepat masa berlalu. Rase masih berumur 26 27 hidup bujang..tp skrg dh berlainan.

Puasa aku tahun ini sangat berbeza. As u know me as a pcoser so i strictly diet segala cara: atkin diet, low calories, no carb, no sugar..semua carbo n sugar haram bg aku. Dr pertama kali jumpe doc berat aku 68kg.. 2nd time jumpe 66kg..dan skrg bulan puasa dh jd 65.4kg. Hurm mcm xcaye je bleh turunkan berat badan sebegitu.

Actually aku xtahu sgt psl punca pcos ni. Misi aku nk turunkan berat dlu. As my doc ckp bcoz of heavy weight..pcos muncul. Aku target berat 55kg.. xtau berjaya ke x. Lau ikut kan mcm2 aku nk mkn bila bulan puasa ni. Teringat air coklat..banana coklat..mocha...kek.. nasi xpyh ckp la kan. Tp aku tahan. Bukak puasa aku makan sebijik kurma dgn tea mix. Then makan sayur skit..lauk2 skit. Walau aku masak bagai nak rak tuk suami. Hari smlm.. tomyam ayam+sayur campur+puyuh goreng. Aku makan lauk skit pastu minum air.
Hari ni, balik keje bergegas buat singgam ikan n ayam percik..sayur goreng..pergghhh..lansung xde selera.. tp ayam gaya mcm nk jual..akkakkaka..poyo di situ. Walau aku xreti..aku call mummy pkl 610..aku terus masak pkl 620. Mummy siap suruh aku ulang resepi..tp aku ckp ok2 dh faham..xsempat nk kejar masa.. perghh..skali dengar dh bleh agak mcm mana.. terror mak jemah. Bia pon ada gangguan pakrom di dapo..berlaku perang mulut tp hasilnye..membanggakan.. ok tamat cerita hari ini..

Tuesday, June 17, 2014

Dilema pcos

Last 3 week aku baru dpt tahu aku penghidap PCos or polycystic ovary syndrome..

Walau aku bukan lah penghidap aids or cancer.. sindrom yg aku alami akan menyukarkan aku tuk mengandung.. terkedu seketika bila dapat tahu ..aku try conrol macho.. sedih dan merisaukan.. tp all in Allah hand. Itu jer penguat semangat aku. Doa famly dan sahabat terdekat sumber semangat aku. Aku belum khatam tentang penyakit ni..tp esok next session with specialist.. seram sejuk aku hari ni. Last time jumpe dr remind aku suruh turunkan berat 10% dr current weight.. 68kg grrrrr omg.. sgt geemok.. hurm will see what doc said for tomorrow.

Aku ttp optimis aku akan jd ibu satu hari nanti.. cant wait nk dengar ape blood result n etc..

"Ya Allah kuatkan hati aku..semangat aku..dan murahkan rezeki kami.. hope hubby will join mr tomorrow. "

Last year around tis month..aku kena buat endoscopy,ultrasound,blood test, half bius..scan perut n usus besar bagai..for gastrik.. now.. ujian lg..
Betapa ALLAH menyayangi ku.. tq ALLAH..

Wednesday, May 21, 2014

Dajjal dan konpirasinya

Bila mana teknologi mendajalkan manusia. Tanpa sedari manusia lupa segalanya. Melengah2 kn solat ..xpernah berhenti bermain dgn hp dr luar hingga la ke dlm masjid. Fitnah sana sini..rumah tangga runtuh akibat fitnah dan maksiat di talian..kesesatan umat islam semakin menjadi2..budaya barat jd role model dan ikutan.. Tanpa kita sedari..hari ke hari ia semakin serius..
Ustaz kata ini seme dajal kecik..dajal besar xkeluar lg. Bila mana dajal besar keluar kite dh xsempat lg nk beriman. Iman makin rapuh dek pengaruh dajal.
Aku bukan benci teknologi tp jd kite hanyut dgn teknologi..aku prefer realiti. Walau sibuk mana pon kite..perlu ada masa untuk manusia..untul realiti. Tak hidup dek puji..tak mati dek keji. Setinggi mana penghargaan di alam maya belum tentu bila kite sakit..berduyun2 rakan die alam maya dtg. Dunia realiti lbh pntg..hargai manusia di depan mata. Jgn sampai dh ttp mata baru nk meratapi..
Topik melencong..
Amalkan ayat selepas tahiyat akhir:
"Ya Allah aku berlindung pd mu dr fitnah hidup,fitnah kematian,fitnah kubur dan fitnah dajjal" dan bg salam.. bcaan di dalam hati shj.

Hafal 10 ayat surah al kahfi..

Insyallah terhindar kite dr fitnah dajal dan dilindungi Allah...aminn

Saturday, May 17, 2014

Ceritera Duniawi

Ini kah ceritera dunia?? yg ternyata pahit..namun itu la reality kehidupan. Buah yg elok di mata tidak semestinya manis di mulut. Yang pahit itu penawar. Xkan mati kite dikeji..xkan hidup dek pujian. Segalanya pinjaman. Sisa kehidupan harus diteruskan. Semoga Allah beri petunjuk.. hanya Dia mampu membalikkan hati manusia dgn sekelip mata. Jangan disesali segala yg terjadi.. pengalaman mematangkan setiap insan..

Copy paste pixca dr cik karbie

Saturday, April 19, 2014

Healthy Lunch

My healty lunch for today..alone ..homemade.

Tgk penuh sayuran2.. lemah nk abiskan..

Bosan plak makan seorg..xde org nk berebut2..

Pakcik ron ado camping kt PDickson..

Actually aku dh prepare benda ni dr hari khamis malam tp xsempat plak nk masak tuk hubby jumaat tu..die dh pg dlu..so i makan seorg2 la yer..simpan lama2 kn xsdp plak.. hehehe

Saturday, April 5, 2014

Oh Penyapu Baru

Hari ni baru je beli penyapu baru.. blk dr rumah cik mpk singgah beli penyapu kt area situ.. alih2 bersepai keropok satu bekas kt rumah hari ni.. ptt la gerak hati nk penyapu baru kan...

Munkin ini yang terbaek... Gua respek la dpt suami penyabar.. xkisah keropok jatuh bersepai cam gini..

Aku satu je pk..membazir.. skali kite xhargai makanan.. Allah bakal tarik kesenangan kite..hope Allah maafkan tindakan membazir gini..

Tuesday, April 1, 2014

1 April

Aku nk mula azam baru ..seem kehidupan kami bakal berubah.. byk benda berlaku in March.. Alhamdulillah segala kesusahan di awal March dan pengakhiran March seme yang baik2. Aku berserah segala2 kepada Yang Kuasa. Aku hanya mampu berusaha. Moral Jgn mudah mengalah dan mengeluh bila di duga. Thanks for full support syg..

Doa tuk #MH370 semoga Allah permudahkan carian.

P/s:Jgn gatal nk sambut April fool.. if u think u dump fool go ahead.

Thursday, March 13, 2014

4 tahun sudah

Alhamdulillah ..ulang tahun yg ke 4..Syukur masih bernafas dan mengecapi rencah rumah tangga bersama abe ron or ali ron or bokbam or my sayang..

Pejam celik sekejap je dah 4 tahun,.lau ada anak misti dah 3 thn lebih.. :(
Tp usah dipikirkan sgt..kebahagiaan sementara yg Allah pinjam kan ini patut aku syukuri. Selalu ingatkan diri agar jangan tamak. Sambutan suram tahun ini..hanya makan2 biase di KR cyberjaya. Gambar pn xsempat snap. Keadaan xmengizin kan..ape yg diimpikan selalunye xpernah nak jd. Aku redha. Tambahan skrg ni musim kesuraman di Malaysia.. dgn isu MH370 then jerebu lg..
oo baru igt nk kongsi hari ni jugak aku dpt anak buah baru. Kak yumi baru selamat lahirkan baby gal berat 1.12kg..very tidy baby.. tak sabar plak aku nk tgk.. lau dpt jd anak angkat aku kn bagus.. hurm tp mak bapak mana la nk kasi. hiss.. Harapan aku tahun ke empat ni..moga Allah berikan kami rezeki..rezeki tuk bekalan kami di akhirat nanti.. ameen..

Alhamdulillah jugak bulan ni aku dpt nikmati bonus ..increment..seme ni dgn izin Allah..
walau lately byk musibah yg menimpa..aku yakin Allah sayangkan kami. Musibah yg dtang Allah mahu uji keimanan kami.

##Pada Abang..semoga kuat kan perjuangan memhindari rokok. Sayang xmintak hadiah yg mahal tuk tahun ni..cukup la berhenti merokok demi kesihatan sendiri. Jadikan dugaan yg lepas tuk guide kite menghadapi cabaran akan dtg. be prepare with contingency plan. dont repeat previous mistake. It okay doing mistake but dont do repeatedly. kite sama2 belajar dr kesilapan lalu. Allah maha pengampun. kepadaNya kite berserah dan berdoa. Semoga kasih sayang kite hingga hujung nyawa. sampai ke akhirat. Kalau sayang salah selama 4 thn ni.mintak ampun mintak maaf..


Friday, March 7, 2014

Singer mesin punyer cerita

Singer mesin family.. nama dlm group family watapps. Sebuah famly yg unik. Perlu bersyukur kerana mempunyai famly yg besar..seramai 8 siblings.. n parents. Cucu dh belas2.. byk kenangan manis bersama.. masin dan pahit tolak ke tepi. Aku xtau nk tunjukkan kasih syg pd famly..cukup lah kalau dieorg perlukan bantuan aku akan usahakan semampu yg boleh. Aku xpunye segala tp dgn keringat yg ada...aku usaha segalanya. Tak kira masa yg terbuang..tenaga terbuang.. bukan mengunkit pon..skoda jer.
Kenapa singer mesin? Dulu2 masa aku sek rendah.. brand singer ni agak femes di Malaysia..sampaikan ada satu rancangan.. 'singer menawan keluarga bahagia' slogan die org siap ada lagu skali..pastu siap ada games show lg. Rancangan tv ni mmg menjadi fav famly aku zaman itu. Mana ada internet bagai pon. Zaman telefon rumah putar2 lg.. so my mummy slalu la kata kite ni famly singer mesin..dulu mesin jahit singer fames tau..ada 1 kt umh aku. Masa bahagia2..tp bila gaduh..seme mcm singer seorg2.  Hurm..ada kaitan x? Mm ntah spontan kot benda ni jd..
Bila time nk g picnic semua seronok..tp dh di ingatkan..pg muka gajah (senyum bagai gajah agaknya) balik macam tikus (muka cemeruk..sbb kena marah) .. so sweet semua kenangan tue.. tp itu dlu..zaman makin lama makin berubah..usia pon dh makin banyak. Hidup misti terus. Nape nk keluarkan isu ni? Mmmmmmmm ntah rase mcm anak tunggal ke anak tinggal. Setiap pengorbanan jgn pernah di lupakan.. cayookk aja aja fighting.. telan gump..

Lawak je mummy..pandai reka peribahasa.. rindu mummy..dh call td die tgh bergalok dgn kawan2..mat datin mana ntah.. :) 

Thursday, March 6, 2014

Mr ron admitted

Abe ron jantung hatiku admitted.. kesian giler.. dh 4 5 ari demam.


Thanks pada sobat2 korib yg tak kering idea itu ini b4 aku bawak mrron ke spital. Dlm keadaan kritikal aku xbleh nk pk secara waras. Sebbkan skrg musim denggi mmg agak bahaya kalau dibiakan. Tp bila sampai hospital columbia asia puchong ni lain plak jdnye. Doc tahan die sbb bukan kena denggi mayb viral fever..or mayb others. Dlm pd tu dh set up semua baru aku dpt feedback dr ofis aku. Spouse die xnk kasi GL..denggg dieorg ckp tuk spouse kena byr dlu pastu baru claim.. padahal sama je..cisss dh la dh 6jam kt spital. dh jd masalah baru. Dh la kepala dh sarat..berat.. aku dh xleh pk secara betol. Aku call mintak my sis tlg backup lau bil mahal..sbb saving aku xseberapa. Tp die plak sunggest transfer hospital. Adeii aku mmg kesian dnn mr ron dh xlarat nk kehulu kehilir..aku snediri pon xlarat dh nk tgu lg. Tiba2 dpt idea mintak tlg cik bidadari mpk..thanks a lot... Backup me for anythg happen. Esok baru aku plan tuk transfer hospital. Tu pon kalau kena warded lg. Tp aku harap sgt..esok dh bleh kuar.  Tak lupa jugak rakan ofis aku fatin yg turun naik hr. Tuk dapatkan status GL mr ron. Dugaan lg tuk kami. Aku dh rase berat kepala..denyut2.. elok lah aku blk umh rehat. Mr ron dh selamat kt spital nampak dh nk lena. Aku xbleh plak nk tunggu die.. giler punye spital. Name cam gempa..prosedur lembab mcm hampes..ini last la aku pg sini. Alhamdulillah..Maha besar Allah.. permudahkan urusan kami. 

Saturday, March 1, 2014

Hectic week

Hectic day dalam seminggu ni..
Dr keta xcident ..aku pg IjN run..keje bertambah dipaksa balik jam 7mlm.. dh la aku kuar rumah pkl 620am.. drive balik umh lepas isyak. Kadang2 malam masak tuk suami. Fuhss.. cah ligah.. jatuh terkangkang nanti. So tis weekend aku nk rehat la dlu..before continued same routine next week. Tu xditambah lg masa aku balik keje kena berjalan naik lrt jamek turun klcc. Jalan keluar klcc lintas jalan nk ke bsn. Pastu tercongok lg menunggu. Aku ni manusia yg xsuka tunggu lebih 10min. Tp Allah dh balas skrg.. aku slumber je tunggu stgh jam..1jam..plg lama 2 jam stg.. cool kan!!

Dah lama jari aku xsakit sebb main phone. Skrg skit sebb pegang mouse. Aku suka keje aku. Aku suka bila bleh buat keje.. tp bila pk ada tanggungjawap lain selain keje aku jd buntu. Mana satu aku nk kejar. Kelam kabut hidup aku lately nk siapkan keje office cepat. Nk settelkan keje rumah cepat.. (bunyi mcm hectic x?) Pastu tambah lg kes xcident ..repair keta..cari keta sewa..sibuk plak dgn loan.. fuyo byk bye nk pk...bila hujung bulan terkejar2 nk g bank byr hutang. Adoiyaaaa...

Cite smlm aku blk awal skit jam 6 tuk antar mr ron..drive dr kl haram jem . My sis baik ati bg aku trus keta die. Die nk blk ngn kawan die je. Drive mcm siput dr klcc kedek2 sampai pavi..masuk Mex..jem jugak. Sampai rumah dh 730..terus angkut mr ron pg usj. Stop solat kt stesen minyak sampai usj dlm jam 8 lbh. Mengenangkan aku xbyr lg utang rumah aku gigih mencari deposit machine cimb..blur xtau mana. Aku rase ada kt taipan.. dengg masuk taipan ni bagai menempah maut. Jem haram lg.. aku sabar menempuhi then aku decide cancel je ke taipan. Better ke cyber je ramai org. Drive lg dr usj ke cyber. Sampai cyber bernasib baik dpt parking dpn bank. Mak aii penuh jgk q dlm bank cimb tuk deposit. Atm kosong je. Aku q..then tiba time aku mesin buat hal separuh je duit aku die telan.. separuh lg die asyik reject. Org blkg dh mengeluh2.. berpeluh la aku dk try 3 4 kali. Malu beb. Q blkg makin panjang. Dh lama2 aku giveup. Separuh je aku mskkan. So aku kena pg ke maybank sebelah tuk ambik duit baru. Mak aii..kt maybank deposit machine kosong..atm plak penuh..denggg. aku beratur lg dgn gigih. Nape aku xbuat transfer inter bank? Sbb aku xreti. So mls nk godek2. Dh ambik duit pg lg cimb...sebelah2je pon. Zasss skali je dh selamat masuk. Duit yg reject td tp mesin lain. Apa la bangang aku td..nape xtry je mesin lain instead pg mbik duit lain. Shitt.. dh settel..drive balik rumah. Tgh jam dh 1005pm. Fuhh..rupanya aku dh drive 4jam..dh bleh sampai kuantan kot.

Mlm nye b4 tdo aku teringat buku2 aku yg berlambak.. tuk senang tido better aku tipu setan. Aku buat2 baca buku..mmg mujarak..xsampai 2 helai.aku dh tertido.. wohaa ..kesian hamka. Sampai skrg aku xabis2 lg baca buku ko.. :)

What a great life.. thank u Allah..

Thursday, February 27, 2014

Shhh

Penat ... Diam.. tido..

Segalanya untuk menutupi kesedihan yg melanda. Tak terungkap dengan kata2. Hanya hati betah berkata2. Bia dugaan ribut melanda ku kebalkan hati tuk terus cekal. Kadang kala air mata menitis tanpa sedari namun pilihan di tangan kita. Berat bebanan bukan di galas di bahu tetapi di simpan rapi di ingatan. Kite xmampu nk menolak gunung namun tetapi kite mampu tuk mendakinya..semuanya terletak kepada diri kita. Takkan rezeki dtg begolek tanpa usaha.. kekayaan dan kemiskinan semuanya dugaan dr Yang Esa. Jangan mudah lupa. Ingatan untuk diri sendiri. Jangan hanya memandang pd kekurangan seseorang terapi harus di ingat menglengkapi apa yg kurang lebih manis. Be positif be betterman .. dah masa tuk tutup mata. Moga esok dikurniakan kekuatan tuk hambaMu ini oleh Nya. Ameen.

Tuesday, February 25, 2014

Ngepem

Cool ke kuar jam 11mlm dgn kawan..esok keje? Dh 2 mggu berturut2 ni? Cool ke tak cool?
Poyo sgt bila org demam bleh bgn n kuar mlm2.. teruk beto drama ni... Ptt xlaku drama melayu. Rabak otak.

Bini ni pemalas kot ..xmasak tuk famly.  Bkn penat pn balik kkeje..stakat masak simple2..kecoh. saje cari alasan. Kalau malas better terus terang.

Ramai golongan xcool dr cool. Hurm ptt la  masih d tahap lama. Masalah negara xsetel2 kecoh nk tlg negara lain. Air catuan 2 hari..xcool. tp lg cool lau og kuar cari tempayan besar tuk simpan air. Oo ssgt cool bila laki die sanggup kuar lwt mlm ngn kawan tuk beli tempayan tu..wohaa.. cool lg laki i.. demam die tida awal..esok die bg.n awal..untung laa isteri dia....that me!

Unlucky

Malang yg xberbau.as unlucky smell..kejadian dh agak basi tp baru aku nk update. Last tuesday 20 feb 2014..1040pm..
Bermula..balik dr mkn malam dr kajang, abe ron yg drive dgn penuh tertib slow je..aku pon xambik port bila perut dh kenyang mata udah layu so layan perasaan..n xbyk ckp. Tiba di simpang masjid hampir dgn rumah dlm slow2 ade plak budak rempit xsedar diri laju dr kiri dummm rempuh la my baby boo whity.. sob3x sedih terkezut...sempat aku periksa kereta baru pg jenguk budak rempit yg tersadai dgn motor..tkt jgk meninggal ke ape.. tp alhamdulillah bdk tu selamat tp my baby boo remuk..telinga patah..pipi tercalar..kulit pon ado koyak..dengggg terkaku kejap. Melihatkan abe ron pon dh kelu xtau nk buat ape..asyik suruh aku masuk keta je..aku mana tahan tgk baby boo cedera :(  ciss bdk ni. ..dlm ati je laa. Tp dgn belas kasihan aku offer jgk nk antar bdk tu ke klinik tp ada pakcik mana ntah nk tlg..katanya kawan bapak bdk tu. Aku mlas pk.. dh ramai2 dk tgk aku pg shoot pix motor..then ajak abe ron pg balai terdekat. Sempat call my sis tuk nasihat. Setel lapor2 kt polis bk puchong tgu process kes ditransfer ke trafik sepang. Tak lama lps tu sarjan balai sepang call nk dtg siasat tempat kejadian. So xpyh kami pg sana ..sempat rehat umh my sis tuk tenangkan diri. Dlm jam 12 gitu sarjan tu dtg siasat konon2 n ambik gambar.. then suruh tgu sehingga isnin tik siasatan..aku mintk nk antar kt bengkel dgn segera pon die xkasi..ntah prosedur ape die guna. Aku mls nk pk panjang ape2 aku mintak nasihat my bro in law jer..lbh pakar.  Esoknye ari jumaat aku n abe ron emergency leave tuk setel hal2 keta n tgu berita bdk motor tu. Mmg tepat sangkaan kami bapak bdk tu dtg bg salam jam 10am. Die dtg cara baik mintak maaf then merayu suruh batalkann report. Then offer nk baiki keta or byr kerugian. Sound good kan tp aku xpercya sgt. Ayat cam nk lepaskan ank die je. Tp layan je la..die dtg cara baik. Kami bincang2 then kite org deal nk tny honda brape kerugian then bgtau pakcik tu. Budak yg langgar aku tu xteruk pon..luka2kecil je..ciss sempat la aku sound bdk tu coz die pn dtg dk menyerok dlm keta.
Dh pg bengkel bertemankan my kiddo YnB pg survey bengkel honda tuk tny cost repair..lps calculate dieorg kata around 7k.. fuyo pakcik nk byr ke?.. terus senyap pakcik tu..hurm alamatnye melayang la ncb aku. Bukan xnk paksa pakcik tu byr..tp die kata die org susah..keje pak gard.. lemah slaluh aku dgr kesusahan org.. cont..

Motor bangang ketum ni dh la xde lampu..lesen pon xde..vavee sgt

Sunday, February 23, 2014

IJN run putrajaya

Done 8km run at wetland putrajaya. Oyeaa dgn jayanye aku berlari n berjalan ..jauh toow..bg aku yg beginner. Alhamdulillah
Tak banyak pic yg diambil..ada pon camera org. So take time to share. Balik je run sempat lg aku masak tuk pak ron.  Nk tido jap lg..tp nk kena g kl plak..mmg tuff la aku ari ni.


Peserta kali ni aku.. karbie..mpk n suami n ben.. tu yg aku sempat bersua..

Tambahan gambar di cilok dr cam mpk

Wednesday, February 19, 2014

Bangkok pataya

4d3n 13 feb to 16 feb 2014

Happening..exciting..experience..etc

Percutian with buddies without hubby..
Berada di negara bangkok dlm masa2 tegang jarang org buat tp kami buat.. cool..geng2 berani mati semua ni..alhamdulillah perjalanan kami selamat.
pg tempat yg sedang dlm xstabil..riot..protes.. mmg agak risky tp dgn melihatkan my buddy semua yakin aku pn naik seth..join jgk..ahli rombongan kami seramai 8 org dewasa 2 org baby.. aku, ima n suami n zara, lina n apih, elina, nona n nije n qaid. Pak ron xnk join bz katanye..itu sekadar alasan.. hny die yg tahu..kenape xnk pg.

Overall aku njoy. Byk gelak tawa..takut risau..lapar..cemas ..sedih.. rindu ..bercampur baur.. pengalaman di sana lbh dihargai. Mahal xdpt dibayar. Xde rase menyesal walau sanggup bergadai nyawa (bunyi cam gempak)..

Namun aku cukup bersyukur selepas saje kami pulang ke msia ..bandar bangkok kembali tegang dgn tembak menembak. Allah merestui permergian kami. Tq Allah.

Berada di Pataya 2 hari byk mengajar  kehidupan di luar kotak pemikiran.. budaya lady boy..gay..sex city..alkohol..urut..tiger show..haih.. pening memikirkannye . Bersyukur di lahirkan di msia. Aman. Makan minum berak cangkung.. peace no war.

Di Bangkok 2 hari tp xbyk dpt di explore xckp masa..sempat ke pasar dan nuzium lilin madam ntah ape..xaku xigt. Njoy the photo...

Sunday, February 9, 2014

Faktub

Walau seribu kebaikan ditaburkan itu xbererti dapat menutup satu kejahatan.. ini adalah kenyataan bukannya mitos.

Senang hendak menghukum daripada menghalusinya.

Friday, January 17, 2014

Kueh bom boom

Inspire by www.karbie.com

Text me for detail hehehe poyo sgt .padahal malas nk type

Eyes wide open

The successful journey and achievement by ByRoadToMalaysia really make me proud and inspire me. By read and saw their photos can make me cried.. they really owesome people can travel with caravan from uk to malaysia (25 500km) . With doa and trust they manage to.. not even me i think all Malaysian should feel the same. Congrat guys. I missed the moment on ur way back. If i know earlier i should follow ur journey earlier so i can keep doa to all of u. Im proud malay can did this :) Alhamdulillah..keep it up guys.. hope Allah bless ur family always..

Follow them on fb: #byroadtomalaysia

Saturday, January 11, 2014

Wednesday, January 1, 2014

New year 2014

Dah new year .. 2nd time write 2014 for tis year..1st title ..hehe

Just wanna note sumthing for the 1st day ..so need to type sumthing as well..

When talk about azam..i have many azam.. but need to pick some which is resornable only..

1. Tingkatkan keimanan
2. Berusaha dapatkan anak
3. Beli rumah
4. Rajinkan diri memasak
5. Diam
6. Berjimat cermat dan menabung
7. Bebas hutang
8. Kurangkan cuti kesakitan
9. Lain-lain.. kalau ade raee nk buat aku buat je ..azam aku sentiasa berubah mengikut cuaca dan keadaan

Insyallah..