Saturday, December 31, 2016

Good bye 2016

I2016 bakal berlabuh. Banyak pengajaran dan perubahan yang aku alami. Di akhir 2016 aku dh bergelar ibu 2 org anak. Bangga..syukur..

Ketika ini aku masih lg di kg tuk habis kan sisa2 cuti maternity. Masih berbaki 1 week then papa ron akan dtg ambik bwk balik subang. 1 bulan lg aku akan abis kn di subang. Bukan ape sbb nk start kumpul stock susu tuk baby iffat nnt.

Anak.kedua ni aku lebih berdirikari. banyak Jaga baby sendiri sbb mamy, ayah n farah pg buat umrah. B4 tu pn dh spend time kt rumah sendiri nk tgu iffat recoved jaundice prolong. Alhamdulillah keadaan skrg mcm dah terkawal sikit. Cuma akhir2 thn ni ian plak byk demam. Mayb sbb dh nk berjalan.

Masa kt kg ni sempat cover bertahnik..akikah kt baby iffat. Ian sempat berlari2 pkl 3am ke kbmc emergency. Blaja jaga ank sendiri. Ian pn dh bleh jalan. Ian byk cedera asyik jatuh je..jatuh dlm blik mandi..jatuh kusi terhantuk kusi..jatuh smbil.merangkak...hurmm semua ni proses nk membesar. Mlm2 ian merengek nangis2 aku syak rindukan papa sbb mama kena handle 2 anak bila papa blk awal subang faktor tugas. Semua ni perlukan kesabaran yg tinggi. 2 anak aku jaga seorg diri mlm2. Yang besar nangis..yg kecik nangis.. rase temp mama tinggi jgk la. Tp semua ni amanah..rahmat..so as a mama..kena sabar.

Azam 2017:
1.Saving ank
2. Saving personal
3. Saving entertainment
4. Job change
5. Cook
6. Pious
7.
8.
9.
10.

Januari aku nk jaga 2 ank sendiri selama sebulan.  Saje nk test power. Nnt feb or march baru tinggal nursery.

Ya Allah ..Engkau berkati la perjalanan kami sekeluarga untuk harungi  tahun 2017

Monday, December 5, 2016

Tanggungjawap suami dan isteri

JANGAN ikut BUDAYA Melayu tapi IKUT apa yang Nabi AJAR.

Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga TUAN HAJI HUSSIM, sahabat baik kepada Dato` Hj Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.

Katanya;

“Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam-malam abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama-sama kerja.

“Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas… Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya;

Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?

Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung. Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last-last penat dapat, dosa pun dapat”

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja dirumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, baginda lah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu…sama-sama memuliakan antara satu sama lain.

Wallahu a`lam

Saturday, December 3, 2016

Mereput

Iffat 21day

3 dec 2016.. mlm

Surat dh dihantar

Hati dh hancur..harapan dh tak der..ksh dh mereput ...tinggal kenangan.

Mama syg ian n iffat.. semoga kasih kita sampai syurga. Kasih Syg mama sampai mati demi korg berdua.

Thursday, December 1, 2016

Hati perempuan

Kadang kala suami cuba pikir keperluan isteri..jgn hanya tunggu isteri meminta2 tuk meraih simpati.

Sekadar bertanya keperluan isteri  sudah tentu meredakan kesakitan isteri yg mengandung n melahirkan zuriatmu wahai suami.

Semasa berpantang byk gangguan anasir luar..hanya perempuan bergelar ibu yg paham kesukaran..kesusahan..tak perlu tunggu mereka luahkan..cukup hanya selami dr ank mata mereka..

#Justsaying

Tiada lg ruang

Bila sudah tiada ruang tuk berbicara.. ntah kesibukan yg dicipta atau kesibukan tanpa batasan.

Bercakap sepatah dua kata..rase panass jer.
Tp berjam2 lepak ngn kawan rase.indah.. adakah ini petanda2  goyang...

Sedih..ya aku sedih..feeling down..tp ape je bleh buat.  2 3 kali makan xtentu masa..2 hari makan nasi malam je.. xpenting kot nasi dlm idup aku. Munkin aku ade ability xmakan pn blh kenyang.. well no one care..

Bunyi pelik tp realiti.. mama xksh xbleh makan pn wahai ank2..janji perut ank mama terjaga. Susu camne nk produce bila xckp mkn? Ntah aa..nk pam pon rase malas.. am such a looser.. hny tahu berserah dan menangis jer..harapan aku hny padaMu Ya Allah...

Sunday, November 27, 2016

13Nov _iffat

13112016 -lahir seorg lg putera iffat abasyie 8.45am.. 3.62kg ..normal delivery..hospital shah alam

Syukur pd yang Esa

........................................................

Cabaran selepas bersalin lg mencabar .. ptt la Allah permudahkan proses bersalin sbb dr mengandung sehingga selepas bersalin dugaan nye amat berat.

Berpantang sendiri d subang.. bantuan amat minimal. Hny mendapat  simpati org kadang kala. Sakit ditanggungni semdiri. Mencabar naluri ibu dan wanita. Walau berat ku kuatkan diri tuk menangani. In future xtau la ape nasib aku. Mama buat yg terbaik tuk ank2 mama.
Mama love ian n iffat..

Tuesday, November 8, 2016

Berlalu nye masa

Kekadang aku beremosi..kekadang cool.
Tika aku kuat aku belakangkan emosi ku. Berpikiran kearah keperluan dan kepentingan lebih membakar semangat dari terus melayan emosi yang melemahkan.

Sarat memikirkan perihal itu dan ini sampai kesihatan diri terabai. Yerla seme aku hadapi sendirian tanpa ade nasihat2 dr yang lbh arif. 9 bulan journey aku lalui dengan pelbagai rintangan, sakit, keperitan, mual, muntah, stress di pejabat dan rumah dan kini hanya menunggu harinya sahaja.

Aku bukan la sesiapa, hanya insan biase. Punyai hati dan perasaan yang ingin di beri perhatian, dibelai, disayangi, perlu juga didengari segala luahan. Terlalu banyak kisah dan cerita untuk tahun 2016. Gembira dan duka akan terpahat di jiwa.

Kegembiraan melihat ian membesar die depan mata adalah satu anugerah dr Nya. Syukur pd Mu Ya Allah. Membawa satu lg nyawa juga kekuatan ku untuk terus kuat dan xmudah berputus asa walau  sukar untuk aku terjemahkan. Hanya Allah tahu bagaimana aku berperang dgn perasaan dan harungi hari2ku.

Allah itu adil, die datangkan insan2 yang baik kepadaku di kala aku tersasar. Aku sangat bertuah punyai sahabat2 yang baik di kala aku kesusahan. Nk kata aku sebatang kara tu ..mmg tak la kn. Tetapi realitinye aku di biakan bagai layang2 putus tali di saat meninggi..hilang arah.

Ape yang aku yakini Allah tahu ape yang terbaik untuk aku. Aku tawakal je. Bia pn aku insan lemah asalkan aku tak menyusahkan org lain. Walau kekadang kesedihan merobek2 jiwa akn ku cuba membiakan saja. Hanya padaMu aku berserah.

Pada suami, semoga hubungan kita membawa ke syurga. Jangan pernah lepaskan gengaman tanganmu untukku. Pimpim aku ke jalan kebenaran bersama2 anak2 kita nanti. Moga kite tak mengulangi kesilapan lalu. Jangan pernah ade perasaan pilih kasih antara anak2. Mama sayang semua.

Thursday, October 6, 2016

Ian turn 1year

Happy Birthday ..
My boy..my boq.. my love..my pokyan. .ian..ombek..demook..

Wat ever it is.. i love u dear..

Cepat sgt masa berlalu. Langsung tak rasa dh setahun baby mama.

Tuk kenang kenangan kite posing la dgn kek ye ian..dgn mama n papa. Kami sayang kamu hingga hujung nyawa.
Doa mama semoga ian sihat selalu dan jd ank n insan yg soleh. Ameen.

Happy 1 year ian anaqie.

Sunday, September 25, 2016

Ian 11month

Last update pic ian dlm 7bln kot.. giler bz ... Ni mama update la skit..risau jd ape2 kt henpom canggih mama ni.

I love u my sweet baby..jurus2 mummy

September celeb

12 sep.. bday bapak nye.. same date raya haji.
21 sep.. bday aku

Xde ape sgt bila dh tua bangka ni..kite xmengharapkan yg lebih2.. sekadar ingatan sudah cukup bermakna.. lebih2 lg dr org yg terdekat..xkira famly atau sahabat ..rakan..saim2 gu2..watever

Thanks pd semua tg wished me such a sweet n lovely wishes. U are awesome.
Paling win yg sanggup dtg ke kota batu bagi meraikan..n husband tq tuk sepotong kek..

Alhamdulillah.. Allah panjangkn umur sehingga 33thn di dunia. Xsangka..Allah bg peluang hidup selama ini. Syukur.

Saturday, September 3, 2016

Penghapus dosa

Mungkin kah segala kesakitan ada asbab tuk menghapuskan dosa para pendosa yg hina.
Tak boleh dipertikai lg. Selagi hayat ada..selagi itu adanya kesakitan.

Kekadang sakit yang di alami tak dapat nak di ubati. Sakit demam senang makan je ubat dgn izin Nya..sembuh.

Sakit yg aku rasai kadang kala tak terluah dengan kata2. Hanya aku yang menanggungnya. Aku tak pasti.. aku seorg yg kuat atau bebal. Kesakitan yang bakal memudaratkan.

Wahai jiwa yang lara.. jgn bersedih.. aku kamu sentiasa bersama ..kuat tanpa goyah.

Demi ank2 ku..semoga dosa2 ku terhapus Ya Allah. ..aku ingin hijrah.

Monday, August 22, 2016

Bersyukur

Syukur ..nampak simple tp manusia sukarytuk bersyukur dgn segalA nikmat. Bila xde kite meminta2.bila mana dh dpt lebih kita terlupa. Bkn ckp perihal org lain tp pd batang hidung diri sendiri...

Stress btol dgn keadaan skrg.. aku manusia yg kufur nikmat ke ape?

Bila kite penat semua benda rase serabut.. mula bertindak di luar batasan. Ya Allah berikan aku kesabaran..kekuatan..kesihatan yg baik..aminn.

Monday, July 25, 2016

Raya 2016

Selamat hari raya..ntah syawal ke berapa aku xkira pon..

Hidup aku huru hara

Alhamdulillah aku masih bernafas walau kadang kala tersekat2.. banyak benda perlu di selesaikan..masalah keluarga..masalah kesihatan..masalah anak2.. ekonomi keluarga..kerjaya.. rase mau jelepek..tepek..setempek..

Ian dh 9 bulan..aku update sikit la pic iab sebagai kenangan2..

Tragedi jatuh katil di saat 9 bulan.. mama mistake

Raya kami sederhana sahaja..aku hanya raikan ian beria2..sebagai raya pertama die..hati gembira bila melihat anak merasa ape yg org lain rasa. Bialah raya mama sekadar2 sahaja.

Mama love u ..

Monday, July 4, 2016

Hilang rasa

Tanpa apa2 kite bukan lah sesiapa.
Manusia memandang pd sesuatu.
Sebanyak mana menabur budi belum tentu diingati.
Segah mana manusia pdNya kite bukan sesiapa.

Wednesday, June 22, 2016

17 Ramadhan

Betapa bz women aku lately..dh 17 ramadhan kita.. xsempat nk update dh. Ian pn dh 8 bulan aku xsempat nk update.

Ian dh makin lasak. Jenuh jgk la aku nk kena kutip dia di mana2.xleh biakan..tgk2 dh bwh kusi..bawah meja. Ni belum lg merangkak n berjalan. Ombek dh ada 4 batang gigi. Wat ever pn ombek mama still ank berjurus. Xbyk hal sgt pn. Mama still can handle u.

Ok masuk bab bulan puasa ni, hidup aku still lg huru hara dgn hal office n rumah tangga. Tp aku bersyukur so far hal rumah tangga still under control. Pakron baik2 saje bulan mulia ni. More understanding n best helper. Keepidap dongibab.

Cuti raya aku..xlulus pon. Aku still xde solution. Ni bab plg sadis buat masa skrg. Hurm.. moga2 Allah permudahkan urusan kami. Doakan yer.

Ni hidangan kami harini.. aku sediakan sotong goreng berkuah, bendi goreng bilis, ikaN bakar tawar, ikan rebus goreng.
Pakron plak buat kuah singgam ikan, budu and sambal mangga or pauh. Fuhhh menambah2 nasi hari ni. Bila ade tetamu ..uncle pokpunk join.selera kami bertambah. Alhamdulillah.

Thursday, May 19, 2016

Childish

Am i? I think yes.
But sometime i can be a serious person ..ask my husband la. Sometime a jocker especially to ian.. :)

Whatever it is.. people who.knowing me closely might know me better. Its up to them to accept me or not. Someone must feel regret by knowing me coz i like to disturb others. If u dont like me..better back off. Dont u ever come nearer. I have saka..fuuuuuuh..curse u become ferari or something worth.

Sebenarnye aku bosan kt ofis tis week.xde keje. Tp aku dtg awal giler kt ofis. Xtau bk buat ape. So aku turn to be distuber.. sorry guys..

Wednesday, May 18, 2016

Happy teacher's day

Dh 2 hari berlalu hari guru..harap masih not too late baru nk wish..

To my beloved husband ..sometime become my haters..my bff..my teachers.. selamat hari guru..
Hope u love the surprise from.my sweet2 wifey..

Selamat hari guru tuk semua guru2 yg pernah memgajarku dlu..secara formal or informal..segala ilmu kalian semoga Allah saje membalasnye ..jasa mu dikenang sampai mati.

Sunday, May 8, 2016

Ian 7 month

Life too bz.. dh lepas 3 ari baru nk update.. alahai.. baru ank seorg..dh ank dua tiga..xtau la idup lg ke blog ni..untung la ian masih sempat mama nk noted segala bagai. Adik2 nnt belum tentu. Begini la resam manusia. Yg pertama ditatang2 yg berikutnya belum pasti. Bukan xsyang tp dh biase. Benda ni normal je. Adik2 jangan kecik ati yer. Bkn mama xsayang. Tp masa dan keadaan dh berbeza. Tanggjwap makin besar. Kalau ade masa terluang mama akan buat benda sama pada setiap ank2 mama. Chills hokay..

Ian dh 7 month..belum makan bubur nasi..tp dh 8kg +..
1st gigi coming soon.. go baby go

Thursday, April 28, 2016

I hate maya

Bila bcakap xde balasan sama mcm org gila.
Bila tinggi suara baru nk melatah.
Bila manusia sengaja pekakkan telinga tapi jari laju menindih2 screen pekehell.
Salah orang senang dilihat. Salah sendiri kita xrase.
Cerita suram dr org di zimbabwe je ni. Org mlsia mna ade pragai gini. Seme ank soleh solehah. Positif tu penting.

Kalau pjg umor bia la Allah tarik kemudahan online mnusia skrg bia kembali  jd paliolitik. Reality more better laa.. i hate maya!!

Wednesday, April 27, 2016

Dusty

Haachummm..
Berkebokkkk..lama xmelawat..dek kesibukan dan masalah kesihatan seisi keluarga.

Mcm2 dugaan lately. Kadang2 rimas kadang2 pasrah. Aku kena yakin segala dugaan ini adalah hikmah dr Yang Esa. Yakin shima..Yakin mimi..huhu

Perut kosong ..idea kureng.. bila marah idea mencurah..bila sedih aku mampu jd puitis. Bila aku gembira aku mudah alpa..lupa..lalai. inilah manusia mudah lupa diri.

tukar topik:
Ian dh 8kg.. last 6mon lupa nk update..dh membesar bagai johan ank mama. Hari ni he getting better from rashes n hi fever. Alhamdulillah.

Mama punye getting worst bila cuti dh exausted. Balance tinggal sehari. Baru suku tahun. Takpe la..yakin je la dengan perancangan Allah. Dia maha mengetahui. Aku buntu..aku kaku..aku akur..

Selamat malam.

Sunday, March 13, 2016

6 years married

13032016
Year 6
Alhamdulillah pd Yang Esa.
Walau banyak cabaran dan dugaan berat tahun kita masih bersama. Mengecapi bahagia dan mempertahankan kebahagian sukar jika iman kite lemah. Semoga perkahwinan kita sentiasa di dalam rahmat nye.

I love u.. mr ron ..mrl..

Sunday, March 6, 2016

5 bulan

Ian dh 5 bulan
Ian dh boleh meniarap
Ian demam panas
Ian kena rosiula or campAk org kg kata

Gws my boy

Saturday, March 5, 2016

Ian Demam

Sekali Allah uji ank demam..kelam kabut mama n papa. Ian on off deman dr pg khamis dan hari ni dh kira 3 hari. Temp die between 37.4 to 38.4. Mmg xberbaju ian 3 hari ni. Igtkan dh elok tiba2 jumaat mlm panas lg. Aku cuak tkt jd ape2. Kul 3am pg cari klinik 24h. Nk g spital tkt plak kena tahan. Nk jd xsakit kena cucuk saje la ian. Sbb demam 3 hari. Lau org tua2 ckp demam gini biase. Tp aku tkt lambat bertindak menyesal kemudian.

Klinik 24h dkt taipan aku pg mmg menghampakan. Mayb gebenal doc. Xtau benda or doc dh mengantuk sbb aku pg kul 3am. Die pakai termometer manual selit celah ketiak dan ckp temp 37 je. Xdemam. Oo kalau demam makan ubat demam n antibiotik. Tu jer. Dah bleh balik. Giler ko..aku kalau xpanas aku xde nk dtg tgh mlm ni. Mayb b4 aku g klinik aku mandikan dlu ian sbb dh panas sgt bdan die aku cek pakai temp kt unh 37 b4 tu. Dah xpe la. Ian bertahan la. Kite tgk pg esok plak. Mmg aku xbg pn ubat kt ian. Xkuasa aku.

Kul 8am cek suhu lepas mandi naik balik 38.4. Ni xleh jd. So aku google paediatrik area subang. The best is klinik pakar dr Liew kt taipan jgk. The most recomended la klinik ni. Mmg full house jgk la. Bercinta 2 jam baru leh jumpe doc. Doc mmg friendly n detail. Temp ian time tu dh 39 degree. Tp ombek rilek jer. Siap bleh senyum2. Doc ckp agak tinggi tp if still minum susu n active ok la. Doc buat blood test n cek telinga mata mulut semua. Kencing doc nak  ian kencing gagal. Aku rase xmasuk akal suruh baby kencing. Bdk ni time mandi jarang kencing pancut. Behave baby sgt. Doc suruh monitor bg ubat till monday. If demam lg kena dtg lg. Doc syak viral fever jer or deman nk naik ruam ari ke 5. So tunggu je la. Lega la..lps jumpe doc belum mkn ubat ian dh mcm ok skit. Nk bg die ubt mmg bercinta jugak. Abis muntah 2 kali. Mmg budak ni xsuka ubat rupanye. Cubaan kali ke 3 lepas la ..half masuk tekak. Ni aku nk bg lg ubat tp die xnk bgn2. Saje2 tdo ke ape.  Ian ..oh ian.. buah hati mama. Kesayangan papa. Get well soon dear..baby mbek..eboq..ian..

#Friday 4 feb..1st time ian boleh meniarap dpn mama even demam2. Good boy. 4mon+

Sunday, February 28, 2016

Hati tidak gembira

Adakah aku tergolong di antara manusia yg tidak bersyukur? Ade je aku rase xmemuaskan hati.

Sukar untuk puaskan hati semua org. Beberapa perkara yg menyemakkan kepala ku lately.
1. ..family
2. ....office
3. ..$
4. ..kesihatan

Ian pd aku tak bermasalah. Mengurus die hari2 lansung xrase terbeban. Good boy sgt.

Ntah bila kekusutan akan berakhir atau terus memburukkan keadaan.

Sunday, February 7, 2016

4 mon

Ian dh 4 bulan

Friday, February 5, 2016

Sajak pendosa

Bahagianya kamu..deritanya aku
Bahagia yg kamu rasakan namun sedih yg kulalui..
Gembiranya kamu tanpa sedari kesedihan meniti disegenap hariku..
Gembiranya kamu rasakan kecewa aku di dalam tangisan sendiri..

Mungkin kah aku akan mempertahan atau sekadar melepaskan..
Hati kecil sering berbicara sakitnya yang ku rasa. namun realiti tampak bahagia. Betapa kuatnya ego ini sehingga mampu bertahan bia sakit yang menimpa diri.. bertahan bertahan tak tahu sampai bila..sebulan ke sembilan bulan membawa sehingga hujung nafas mungkin. Engkau tak kan pernah menyesal. Engkau manusia sempurna. Tiada cacat cela. Kesilapan engkau dalam memilih diri ku merana hidup mu.

Sedikit saja di uji kelam kabut hidup manusia pendosa. Pendosa yang ingin ke syurga. Melihat deritanya dunia luar. Apelah sangat kesakitan yang ku lalui. Sakit mengandung dan melahirkan adalah kifarah dr Allah untuk insan pendosa ini. Hidup dalam kesedihan lebih bermakna dr mati tanpa iman.

Biar aku susah tak siapa yang tahu. Biar aku sedih tak siapa rasainya. Hanya Dia yang maha mengetahui. Aku redha aku bukan yang terbaik untuk kamu. Aku adalah kesilapan kamu dalam memilih. Aku bebanan kamu. Ternyata jika aku hilang kamu tega hidup lebih sempurna. Jiwa aku jiwa rapuh. Manusia tanpa pendirian. Manusia yang tak sempurna. Aku hidup sementara cuma. Ya Allah tunjuk jalan yg benar sebelum kau cabut nyawaku. Aku mahu jd kekasihmu. Aku mahu kekal hidup disana nanti. Berikan aku hidayah sebagai bekalan aku di sana nanti. Tak mati aku dek keji manusia. Tak hidup aku atas pujian.

Tujuan hidup hanya satu. Jangan pernah lupa kita hamba di dunia. Mati kita segalanya akan ditinggalkan. Mati kita mungkin esok..lusa..

Aku pendosa ingin ke syurga..selamat malam semua.

Thursday, February 4, 2016

Penawar

Ian penawar hatiku
Ian sesuatu yg paling indah dalam hidupku

Bukan ingin menjadi umat tak bersyukur..namun diri sering irihati dengan keluarga lain. Sering kali aku bandingkan mereka dengan ku. Namun membuatkan aku makan hati.

Hanya ian disisi bisa buat aku kuat.
Air mata merawat duka.
Istifar penguat jiwa.
Mungkin ini balasan untuk dosa2 aku.

Kekadang aku bahagia. Tp ia xlama. Kekadang aku sedih namun ia xkekal. Bila di timbang tara..aku lebih byk bersedih kot skrg.

Pasrah.. aku tak happy..

Thursday, January 7, 2016

Cite Si bam bam lg

Style la si bam bam encem mama ni tdo..kaki misti terangkat 1. Mama tgk baby ian tdo je dh rase nk senyum sampai telinga.. terus lupa papa fly lg malam ni. Dh la petang td kuar balik pkl 8mlm..lps dinner kuar lg jumpe kawan kannn...hurm speechless mama dibuatnye. Tak pe la ian buah hati mama aka ank butir mama ada di sisi. Mama jd kuat. Xkira masa.. camne la nk keje nnt. Less then 2 week mama dh nk keje ni.. aduyaiii :(

Wednesday, January 6, 2016

3 Bulan

Today 6 Jan.. dah genap la 3 bulan ian. Semalam dh selamat inject tuk 3 bulan. Alhamdulillah ian behave sgt..nangis skit je.keluar bilik dh sengeh..mmg power la ian.

Nah collection pic tuk 3 month.

Monday, January 4, 2016

2016

Hello 2016,

Tahun baru . Life pn should be new also lol. Takkan nk maintain cam last year jgk. Hurm lg 2 weeks aku dh nk start keje. Tak tau ade ke tak kekuatan nk berpisah ngn my baby boo nanti.

Buat papa.. hurmmm at tis time still lepak ngn kawan ntah mana2 die pg. Alasan nk g 7E tp dh lebih sejam xbalik2. Papa oh papa.. bila nk berubah jd more responsible with ur words..yer. Hope tis year u make me proud.. especially to our baby boo ian.