Kekadang aku beremosi..kekadang cool.
Tika aku kuat aku belakangkan emosi ku. Berpikiran kearah keperluan dan kepentingan lebih membakar semangat dari terus melayan emosi yang melemahkan.
Sarat memikirkan perihal itu dan ini sampai kesihatan diri terabai. Yerla seme aku hadapi sendirian tanpa ade nasihat2 dr yang lbh arif. 9 bulan journey aku lalui dengan pelbagai rintangan, sakit, keperitan, mual, muntah, stress di pejabat dan rumah dan kini hanya menunggu harinya sahaja.
Aku bukan la sesiapa, hanya insan biase. Punyai hati dan perasaan yang ingin di beri perhatian, dibelai, disayangi, perlu juga didengari segala luahan. Terlalu banyak kisah dan cerita untuk tahun 2016. Gembira dan duka akan terpahat di jiwa.
Kegembiraan melihat ian membesar die depan mata adalah satu anugerah dr Nya. Syukur pd Mu Ya Allah. Membawa satu lg nyawa juga kekuatan ku untuk terus kuat dan xmudah berputus asa walau sukar untuk aku terjemahkan. Hanya Allah tahu bagaimana aku berperang dgn perasaan dan harungi hari2ku.
Allah itu adil, die datangkan insan2 yang baik kepadaku di kala aku tersasar. Aku sangat bertuah punyai sahabat2 yang baik di kala aku kesusahan. Nk kata aku sebatang kara tu ..mmg tak la kn. Tetapi realitinye aku di biakan bagai layang2 putus tali di saat meninggi..hilang arah.
Ape yang aku yakini Allah tahu ape yang terbaik untuk aku. Aku tawakal je. Bia pn aku insan lemah asalkan aku tak menyusahkan org lain. Walau kekadang kesedihan merobek2 jiwa akn ku cuba membiakan saja. Hanya padaMu aku berserah.
Pada suami, semoga hubungan kita membawa ke syurga. Jangan pernah lepaskan gengaman tanganmu untukku. Pimpim aku ke jalan kebenaran bersama2 anak2 kita nanti. Moga kite tak mengulangi kesilapan lalu. Jangan pernah ade perasaan pilih kasih antara anak2. Mama sayang semua.