Bahagianya kamu..deritanya aku
Bahagia yg kamu rasakan namun sedih yg kulalui..
Gembiranya kamu tanpa sedari kesedihan meniti disegenap hariku..
Gembiranya kamu rasakan kecewa aku di dalam tangisan sendiri..
Mungkin kah aku akan mempertahan atau sekadar melepaskan..
Hati kecil sering berbicara sakitnya yang ku rasa. namun realiti tampak bahagia. Betapa kuatnya ego ini sehingga mampu bertahan bia sakit yang menimpa diri.. bertahan bertahan tak tahu sampai bila..sebulan ke sembilan bulan membawa sehingga hujung nafas mungkin. Engkau tak kan pernah menyesal. Engkau manusia sempurna. Tiada cacat cela. Kesilapan engkau dalam memilih diri ku merana hidup mu.
Sedikit saja di uji kelam kabut hidup manusia pendosa. Pendosa yang ingin ke syurga. Melihat deritanya dunia luar. Apelah sangat kesakitan yang ku lalui. Sakit mengandung dan melahirkan adalah kifarah dr Allah untuk insan pendosa ini. Hidup dalam kesedihan lebih bermakna dr mati tanpa iman.
Biar aku susah tak siapa yang tahu. Biar aku sedih tak siapa rasainya. Hanya Dia yang maha mengetahui. Aku redha aku bukan yang terbaik untuk kamu. Aku adalah kesilapan kamu dalam memilih. Aku bebanan kamu. Ternyata jika aku hilang kamu tega hidup lebih sempurna. Jiwa aku jiwa rapuh. Manusia tanpa pendirian. Manusia yang tak sempurna. Aku hidup sementara cuma. Ya Allah tunjuk jalan yg benar sebelum kau cabut nyawaku. Aku mahu jd kekasihmu. Aku mahu kekal hidup disana nanti. Berikan aku hidayah sebagai bekalan aku di sana nanti. Tak mati aku dek keji manusia. Tak hidup aku atas pujian.
Tujuan hidup hanya satu. Jangan pernah lupa kita hamba di dunia. Mati kita segalanya akan ditinggalkan. Mati kita mungkin esok..lusa..
Aku pendosa ingin ke syurga..selamat malam semua.
donya dan segala isinya , sementara
ReplyDeleteSementara tp melalaikan
ReplyDelete