Thursday, June 18, 2015

Copy paste: cabaran perkahwinan vs whatapss

Keinginan untuk berkahwin ialah fitrah setiap insan. Ketenangan dan kemesraan antara dua gender hanya dapat dihayati dan dikembangkan melalui perkahwinan yang mempunyai kesefahaman dan toleransi.

Allah SWT berfirman dalam ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Perkahwinan, pada awalnya memang indah, oleh sebab itu, tidak hairan apabila ada pasangan berhabis-habisan untuk memastikan hari persandingan mereka nampak gah dan mewah.

Kesanggupan berbelanja besar untuk majlis persandingan ini dibuat kerana ia menjadi komitmen untuk hidup bersama-sama dalam menghadapi apa jua cabaran.

Namun perkahwinan kini berhadapan satu cabaran yang baru dengan kepesatan perkembangan gadget dan aplikasi berkomunikasi.
Sungguh gadget telefon pintar dan aplikasi seperti Whatsapp atau Wechat dapat merapatkan hubungan bagi individu yang berjauhan, namun pada masa yang sama telah mengakibatkan jurang dalam komunikasi verbal suami isteri.

Apabila komunikasi lisan kurang berlaku antara suami isteri, secara tidak langsung ia juga akan menjadikan interaksi fizikal dan emosi berkurangan.

Hal ini telah menjadikan perkahwinan yang semakin bertambah usia, kemesraan dan keintiman antara suami isteri menjadi hambar.

Malah terdapat suami isteri yang baru berkahwin tidak mampu mewujudkan komunikasi yang baik sehinggakan menimbulkan prasangka akibat leka dengan gadget dan aplikasi berkomunikasi.

Berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada tahun 2012, kes perceraian masyarakat Islam direkodkan sebanyak 1,440 kes yang melibatkan 55 peratus pasangan muda yang baru berkahwin dalam tempoh kurang lima tahun.
Memahami kesan yang negatif ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia menganjurkan Bicara IKRAM : Siri Keluarga Bahagia yang bertajuk

“Cabaran perkahwinan dalam era Whatsapp dan Wechat” pada 12 April yang lepas di Pejabat IKRAM Sibu.
Matlamat utama bicara ini adalah memberikan saranan yang praktikal dalam membina kesefahaman antara suami isteri di samping memanfaatkan fungsi gadget yang ada.

Perkongsian ini disampaikan oleh Zarina binti Azhari, Ketua Wanita IKRAM Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.