Saturday, December 31, 2016

Good bye 2016

I2016 bakal berlabuh. Banyak pengajaran dan perubahan yang aku alami. Di akhir 2016 aku dh bergelar ibu 2 org anak. Bangga..syukur..

Ketika ini aku masih lg di kg tuk habis kan sisa2 cuti maternity. Masih berbaki 1 week then papa ron akan dtg ambik bwk balik subang. 1 bulan lg aku akan abis kn di subang. Bukan ape sbb nk start kumpul stock susu tuk baby iffat nnt.

Anak.kedua ni aku lebih berdirikari. banyak Jaga baby sendiri sbb mamy, ayah n farah pg buat umrah. B4 tu pn dh spend time kt rumah sendiri nk tgu iffat recoved jaundice prolong. Alhamdulillah keadaan skrg mcm dah terkawal sikit. Cuma akhir2 thn ni ian plak byk demam. Mayb sbb dh nk berjalan.

Masa kt kg ni sempat cover bertahnik..akikah kt baby iffat. Ian sempat berlari2 pkl 3am ke kbmc emergency. Blaja jaga ank sendiri. Ian pn dh bleh jalan. Ian byk cedera asyik jatuh je..jatuh dlm blik mandi..jatuh kusi terhantuk kusi..jatuh smbil.merangkak...hurmm semua ni proses nk membesar. Mlm2 ian merengek nangis2 aku syak rindukan papa sbb mama kena handle 2 anak bila papa blk awal subang faktor tugas. Semua ni perlukan kesabaran yg tinggi. 2 anak aku jaga seorg diri mlm2. Yang besar nangis..yg kecik nangis.. rase temp mama tinggi jgk la. Tp semua ni amanah..rahmat..so as a mama..kena sabar.

Azam 2017:
1.Saving ank
2. Saving personal
3. Saving entertainment
4. Job change
5. Cook
6. Pious
7.
8.
9.
10.

Januari aku nk jaga 2 ank sendiri selama sebulan.  Saje nk test power. Nnt feb or march baru tinggal nursery.

Ya Allah ..Engkau berkati la perjalanan kami sekeluarga untuk harungi  tahun 2017

Monday, December 5, 2016

Tanggungjawap suami dan isteri

JANGAN ikut BUDAYA Melayu tapi IKUT apa yang Nabi AJAR.

Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga TUAN HAJI HUSSIM, sahabat baik kepada Dato` Hj Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.

Katanya;

“Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam-malam abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama-sama kerja.

“Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas… Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya;

Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?

Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung. Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last-last penat dapat, dosa pun dapat”

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja dirumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, baginda lah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu…sama-sama memuliakan antara satu sama lain.

Wallahu a`lam

Saturday, December 3, 2016

Mereput

Iffat 21day

3 dec 2016.. mlm

Surat dh dihantar

Hati dh hancur..harapan dh tak der..ksh dh mereput ...tinggal kenangan.

Mama syg ian n iffat.. semoga kasih kita sampai syurga. Kasih Syg mama sampai mati demi korg berdua.

Thursday, December 1, 2016

Hati perempuan

Kadang kala suami cuba pikir keperluan isteri..jgn hanya tunggu isteri meminta2 tuk meraih simpati.

Sekadar bertanya keperluan isteri  sudah tentu meredakan kesakitan isteri yg mengandung n melahirkan zuriatmu wahai suami.

Semasa berpantang byk gangguan anasir luar..hanya perempuan bergelar ibu yg paham kesukaran..kesusahan..tak perlu tunggu mereka luahkan..cukup hanya selami dr ank mata mereka..

#Justsaying

Tiada lg ruang

Bila sudah tiada ruang tuk berbicara.. ntah kesibukan yg dicipta atau kesibukan tanpa batasan.

Bercakap sepatah dua kata..rase panass jer.
Tp berjam2 lepak ngn kawan rase.indah.. adakah ini petanda2  goyang...

Sedih..ya aku sedih..feeling down..tp ape je bleh buat.  2 3 kali makan xtentu masa..2 hari makan nasi malam je.. xpenting kot nasi dlm idup aku. Munkin aku ade ability xmakan pn blh kenyang.. well no one care..

Bunyi pelik tp realiti.. mama xksh xbleh makan pn wahai ank2..janji perut ank mama terjaga. Susu camne nk produce bila xckp mkn? Ntah aa..nk pam pon rase malas.. am such a looser.. hny tahu berserah dan menangis jer..harapan aku hny padaMu Ya Allah...

Sunday, November 27, 2016

13Nov _iffat

13112016 -lahir seorg lg putera iffat abasyie 8.45am.. 3.62kg ..normal delivery..hospital shah alam

Syukur pd yang Esa

........................................................

Cabaran selepas bersalin lg mencabar .. ptt la Allah permudahkan proses bersalin sbb dr mengandung sehingga selepas bersalin dugaan nye amat berat.

Berpantang sendiri d subang.. bantuan amat minimal. Hny mendapat  simpati org kadang kala. Sakit ditanggungni semdiri. Mencabar naluri ibu dan wanita. Walau berat ku kuatkan diri tuk menangani. In future xtau la ape nasib aku. Mama buat yg terbaik tuk ank2 mama.
Mama love ian n iffat..

Tuesday, November 8, 2016

Berlalu nye masa

Kekadang aku beremosi..kekadang cool.
Tika aku kuat aku belakangkan emosi ku. Berpikiran kearah keperluan dan kepentingan lebih membakar semangat dari terus melayan emosi yang melemahkan.

Sarat memikirkan perihal itu dan ini sampai kesihatan diri terabai. Yerla seme aku hadapi sendirian tanpa ade nasihat2 dr yang lbh arif. 9 bulan journey aku lalui dengan pelbagai rintangan, sakit, keperitan, mual, muntah, stress di pejabat dan rumah dan kini hanya menunggu harinya sahaja.

Aku bukan la sesiapa, hanya insan biase. Punyai hati dan perasaan yang ingin di beri perhatian, dibelai, disayangi, perlu juga didengari segala luahan. Terlalu banyak kisah dan cerita untuk tahun 2016. Gembira dan duka akan terpahat di jiwa.

Kegembiraan melihat ian membesar die depan mata adalah satu anugerah dr Nya. Syukur pd Mu Ya Allah. Membawa satu lg nyawa juga kekuatan ku untuk terus kuat dan xmudah berputus asa walau  sukar untuk aku terjemahkan. Hanya Allah tahu bagaimana aku berperang dgn perasaan dan harungi hari2ku.

Allah itu adil, die datangkan insan2 yang baik kepadaku di kala aku tersasar. Aku sangat bertuah punyai sahabat2 yang baik di kala aku kesusahan. Nk kata aku sebatang kara tu ..mmg tak la kn. Tetapi realitinye aku di biakan bagai layang2 putus tali di saat meninggi..hilang arah.

Ape yang aku yakini Allah tahu ape yang terbaik untuk aku. Aku tawakal je. Bia pn aku insan lemah asalkan aku tak menyusahkan org lain. Walau kekadang kesedihan merobek2 jiwa akn ku cuba membiakan saja. Hanya padaMu aku berserah.

Pada suami, semoga hubungan kita membawa ke syurga. Jangan pernah lepaskan gengaman tanganmu untukku. Pimpim aku ke jalan kebenaran bersama2 anak2 kita nanti. Moga kite tak mengulangi kesilapan lalu. Jangan pernah ade perasaan pilih kasih antara anak2. Mama sayang semua.