Thursday, January 26, 2017

Jujur lebih baik

Kebenaran yang negatif manusia agak sukar untuk menerimanya. Berkata jujur sangat la berat dek kerana ingin menjaga hati. walhal kesannya dikemudian hari. pujian belum tentu iklas. hanya mengampu semata-mata. aku tak mahu semua tu. bia pn pahit tetapi benar dari manis tetapi kesannye diabetes.

Jangan kita terperdaya dengan dunia dan orang luar yang ntah mana2 datang. kalau mahu menilai seseorang kite lihat saje di kala kita kesusahan. berapa kerat je mahu mengaku kawan. contoh kecil ..berapa org je pernah  tolong kamu tahun lepas..bulan lepas..semlm? sapa ..sapa..

wanita bila sayangkan lelaki sanggup lakukan ape saja. xkira menderita atau hidup dlm kesusahan. janji lelaki itu jujur n setia. apatah lagi lelaki tu suami. ohh apa aku merepek mlm2 ni. lari topik kejujuran dan hipokrasi aku td.

pendapat aku..aku xsuka hipokrit. aku xperlu pujian. aku mahu hidup dalam realiti bukan lakonan. jadi diri sendiri lebih baik. buat sesuatu atas dsar kehendak kita..kemahuan kita. bukan untuk menunjuk2. bukan untuk tatapan orang lain.

Yang sebenarnye..aku merapu ni sbb aku still xleh tido. aku sunyi..bosan dan lama xjumpe kawan2. xde kawan borak guna mulut. aku hanya ada teman2 maya.. realiti jarang sgt ada. permasalahan semua discuss dialam maya. sib baik xbesarkan anak guna online je. berak kencing pn online. haiah...

kawan baik .,soulmate ku dah lama hilang. dah xmcam dlu. jarang berbual. bisou..ok bai... nk g window shoping lazada jap... see online lg.

Saturday, January 21, 2017

Ian 1y3m vs iffat 2m

Cepat masa cuti berlalu..dh nk hampir abis matenity leave aku..ohmaii

Ian dh 1y3m..dah berjalan agak stabil.kurang dh jatuh2. Makin tinggi

Iffat plak baru 2bulan dh 6kg. Semangat sgt.
Alhamdulillah. So far seme ok..hny selsema skit smlm..

Saturday, January 14, 2017

Hukum guna duit anak

Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti anda menggunakan duit orang lain. Ia adalah dalam konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya anda terpaksa mendahulukan duit anak anda, pastikan anda membayar semula duit mereka dengan segera.  

Ini adalah kerana, duit raya yang diterima oleh anak kita adalah hak mereka. Kita tidak boleh menggunakan duit raya tersebut untuk membeli lampin atau pun keperluan harian kerana itu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.

Wednesday, January 11, 2017

Iffat dah 60 hari

Alhamdulillah.. adik iffat dh genap 60 hari. Sht srjahtera.. dh nk 6kg xslp. 

Mama love i iffat abasyie

Monday, January 9, 2017

Anak dua dah

Cepat betol masa..skrg ank dh 2 org. Ian n iffat kn da house.. dulu seorg kalau dh tido senang je mama nk handle..skrg dh dua..nknangkut dua2 naik bilik..uuu penat. Kak ron dh pulang ke subang so life mostly dh back to normal routine. Tp masih byk nk kena kemas umh. Tp slowly mama dh nk kena simpan stock susu..kalau x..menangis la nnt xckp susu tuk antar nursery.

2017 sgt mencabar... Dh hampir 2 bulan aku cuti..lg sebulan kena keje..omgggeeee. serremmm...

Note: papa sempat lg kuar mlm.n xbalik lg.time cenggini.. 2017 mcm same je..but tis just begining..we look n see jer nnt...

Saturday, December 31, 2016

Good bye 2016

I2016 bakal berlabuh. Banyak pengajaran dan perubahan yang aku alami. Di akhir 2016 aku dh bergelar ibu 2 org anak. Bangga..syukur..

Ketika ini aku masih lg di kg tuk habis kan sisa2 cuti maternity. Masih berbaki 1 week then papa ron akan dtg ambik bwk balik subang. 1 bulan lg aku akan abis kn di subang. Bukan ape sbb nk start kumpul stock susu tuk baby iffat nnt.

Anak.kedua ni aku lebih berdirikari. banyak Jaga baby sendiri sbb mamy, ayah n farah pg buat umrah. B4 tu pn dh spend time kt rumah sendiri nk tgu iffat recoved jaundice prolong. Alhamdulillah keadaan skrg mcm dah terkawal sikit. Cuma akhir2 thn ni ian plak byk demam. Mayb sbb dh nk berjalan.

Masa kt kg ni sempat cover bertahnik..akikah kt baby iffat. Ian sempat berlari2 pkl 3am ke kbmc emergency. Blaja jaga ank sendiri. Ian pn dh bleh jalan. Ian byk cedera asyik jatuh je..jatuh dlm blik mandi..jatuh kusi terhantuk kusi..jatuh smbil.merangkak...hurmm semua ni proses nk membesar. Mlm2 ian merengek nangis2 aku syak rindukan papa sbb mama kena handle 2 anak bila papa blk awal subang faktor tugas. Semua ni perlukan kesabaran yg tinggi. 2 anak aku jaga seorg diri mlm2. Yang besar nangis..yg kecik nangis.. rase temp mama tinggi jgk la. Tp semua ni amanah..rahmat..so as a mama..kena sabar.

Azam 2017:
1.Saving ank
2. Saving personal
3. Saving entertainment
4. Job change
5. Cook
6. Pious
7.
8.
9.
10.

Januari aku nk jaga 2 ank sendiri selama sebulan.  Saje nk test power. Nnt feb or march baru tinggal nursery.

Ya Allah ..Engkau berkati la perjalanan kami sekeluarga untuk harungi  tahun 2017

Monday, December 5, 2016

Tanggungjawap suami dan isteri

JANGAN ikut BUDAYA Melayu tapi IKUT apa yang Nabi AJAR.

Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga TUAN HAJI HUSSIM, sahabat baik kepada Dato` Hj Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.

Katanya;

“Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam-malam abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama-sama kerja.

“Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas… Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya;

Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?

Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung. Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last-last penat dapat, dosa pun dapat”

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja dirumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, baginda lah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu…sama-sama memuliakan antara satu sama lain.

Wallahu a`lam