Tuesday, September 18, 2018

35 Minggu

Alhamdulillah dh 35 minggu. Makin byk dugaan tp segalanya mash bejalan lancar. Walau banyak cabaran dan dugaan mama masih bertahan. 
Makin lama makin sukar. Pergerakan terbatas. Nafas teraekat2. Penat xpyh cite la. Karenah anak2 byk menduga kesabaran. Kadang naik hantu mama dibuatnye. My mistake sbb xpandai nk manage ank2. Anugerah Allah aku dh sia2 kn.  Semoga Allah berikan aku petunjuk, kesabaran, ilham dlm memndidik ank2 ini. 

Bila kite lalai maka makin tersasar hidup kite dr panduan agama. Byk buat dosa dlm taksedar maka Allah bg kite ingatan. Dugaan bagi umatnya yg makin jauh dr Nya. Bila dlm kesusahan baru kite bersujud padaNya. 

Kesakitan skrg moga dpt menghapuskan dosa kecil aku.  Ape la sgt sakit gigi yg bergetar kepala ni.  Apa la sgt sakit dunia ni. Allah syg kite. Allah syg aku. Semoga Allah permudakan perjalanan hidup ku dan anak2. 

Sarat di fikiran.  Sarat mengandung. Kusut dengan masalah.  Dunia semata2. Kuatkan iman tinggalkan perkara yg  laaro @ melalaikan. Kembali kepada fitrah. 

Sunday, August 12, 2018

30 week suda

Penat. Kadang bleh kita bertindak di luar batas.
Penat.  Walau kite tahu tindakan kite salah tp tetap ikut kata hati.
Penat. Kalau ada tangan membantu alangkah indah.
Penat. Tak boleh mengeluh. Ia satu anugerah.
Penat. Dengan anak2 demi anak2  jarang dipersoalkan ibu.
Penat. Jd stress.
Penat. Mendesak.

Kesian ank2 comei mama ian anaqie dan iffat abasyie.  Kurang kasih sayang.
Mama bukan robot mama manusia byk kekurangan.
Doakan mama kuat wahai anak2.

Thursday, July 12, 2018

Kessok hatiku

K. E. S. S. O. K. H. A. T. I

Satu penyakit hati. Aka terasa hati. Aka berkecil hati.

Sesungguhnya dia yang memberi kita rasa. Beri kita perasaan.  Be me.

Sabar selagi mampu. Sebelum meletus. Jika kebenaran itu benar tak kemana.

Alhamdulillah Ya Allah masih memberikan aku kesabaran setakat ini.

PadaMu aku berserah.

Monday, July 9, 2018

Suara hati Mama

Lama tak menjengah disini. Disebabkan apple apps blog berbayar jd jarang aku nk menulis bila pakaii web ni. Hati tak selalu gembira jugak tak selalu bersedih. Normal la naik turun emosi asal bukan mental kronik sudah la. Sebagai norma manusia aku juga ade penat lelah sakit dan bukan la xpernah sihat. Tapi bila sakit kite akan rindukan nikmat sihat. Namun bila penat emosi tergamggu anak2 sedikit sebanyak menjadi mangsa kemarahan. Mama mintak maaf pada ian dan lbh2 lg iffat. Tahap kesabaran mama menipis di saat ini kadang dlm marah mama istifar agak tidak keterlaluan namun dlm keadaan skrg penat mama dan sakit mama agak teruk. Mama hilang sabar. Skrt bila kamu berdua tido di sisi mama  xdpt mama tahan air mata mama. Sedih bila mengenangkan ibu apakah aku ni. Xdapat bersabar. Sakit hati ptg td hanyalah sementara. Mama tahu kamu berdua ingin kn perhatian. Mintak untuk bermain tp skrg mama xsihat. Mama xlarat sgt 😭😭. Rase looser mother sgt.

Hari keje penat die lain mcm.  Naik turun lrt penat. Langkah perlahan kurasakan jarak ke pejabat sgt la jauh. Menapak untuk ke pakir kurasakan jauh yg amat. Bila memandu terasa sakit saat menekan brek. Seriously mama penat. Bukan sengaja nk marahkan kamu berdua. Dikala menhantar kamu ke pusat jgaan hati masih terasa sangsi dan kerisauan. Lebih2 lg iffat sentiasa cedera di taska. Kerap digigit dan lebam jatuh sana sini. Tp mama xde pilihan nak marah pengasuh tkt dieorg apa2 kan kamu berdua. Abg ian di sekolah mama terasa lbh lega berbamding iffat di taska. Hanya pada Mu Ya Allah aku berserah. Kalau berpeluang keje dr rumah mama lebh suka kamu di rumah wlau ada cabaran tp melihat kamu didepan mata lbh selamat dan tenangkan jiwa. Walau penat menjaga kamu sambil berkerja xterasa. Mama cuba bg yg terbaik untuk kamu berdua. Tak lupa cuba yg terbaik untuk adik kamu tak lama lg. Rehat yg cukup perlu untuk kesihtan kandungan mama ini. Makanan berzat untuk bayi yg sht. Xde terlimtas memikirkan kebaikan diri sendiri. Kalau mama xnk dukung kamu berdua pn bukan sbb mama xlarat tp demi adik kamu. Even nampak normal kandungan mama berlainan dgn org biase. Biocornuate uterus. Dgn sebelah rahim sahaja mama mengandungkan kamu semua. Berat kandungan agak berlaainan untuk di bawa ke sana sini. Bebanan sebelah kanan agak memeritkan dan kadang2 buat mama sakit. Ngilu. Xterungkap dgn kata2 macam mana rase sakit. Tp ini bukan satu penyesalan. Sekadar perkongsian untuk kamu besar nanti.  Kehadiran kamu satu keajaiban yg Allah kurniankan. Kamu ank2 yg terbaik. Buah hati mama selamanya. Semoga abg ian dan abg iffat menjadi abg yg baik dan lelaki yg bertanggungjawap. Beriman dan taat pd ibu bapa. Mama mintak maaf pd ian san iffat. Mama sayang kamu 😘😔
Tido malam ni dgn mama yer sayang2 mama.

Thursday, April 26, 2018

Kekasih abadi bersama selamanya

Mcm dh xrelevan update blog ni tp aku suka. Kadang2 ni je tempat nk tinggalkan sedikit kenangan.
Keadaan emosi tak menentu ditambah lg kesihatan ups n down. Huru hara dengan kiddos kini dh memasuki minggu ke 14+.  Perjalananku selama 3 bulan ni xmudah. Mata yg memandang tak sberat bahu yg memikul. Alhamdulillah Allah kuatkan jiwa2 ibu. Dalam kepayahan masih mampu gagahi jua. Dengan sokongan kekasih abadi bersama kekasih pinjaman yg Esa dan permata2 comei aku bisa kuat. Insyallah.
Kadang kala dalam hati Masih mengeluh itu ini tapi realiti aku bersyukur Allah dah permudahkan byk benda. Tak cool kalau hidup xde dugaan. Aku insan pendosa nudah terlupa,terleka,mata dibutakan tapi semoga ianya bersifat sementara.

Harap kan pertolongan manusia sia2 tanpa izinNya. Harapkan kekasih abadi selamanya setia disisi memdengar. Mengasihi. Merahmati. Membawa bahagia selamanya. Terima kasih segala pinjaman ini.

Wednesday, March 14, 2018

8ys anniversary

8 years already

Faktor usia sampai lupa2. Mayb kondisi pn xmengizinkan.

Selamat ulang tahun perkahwinan tuk my syg suami.

Semoga perkahwinan kite utuh hingga ke jannah.

Xde sambutan meriah thanks hubby masak mee sup semlmbb.

Love u more. 😘💋

Sunday, January 7, 2018

Preparation pre skool

Adoii mak plak rase nebes bila dh nk tiba hari sekolah. Nak lepaskan ank sendirian ke acah2 sekolah yg sebenarnya baru pre  school. Tp ease die mmg lain macm.

Ape yg mama risaukan....
1.Mama risau abg ian xtau nk ckp ngn cikgu
2. Camne kalau abg nk susu? Sape nk buat
3. Abg haus nnt reti ke die nk ambik botol air  dlm beg?
4. Die nk makan makanan kt sek? Pandai ke ian nk bkk bekas makanan?
5. Kencing berak nnt camne la  die xbiase ngn cgu kt sana?
6. Camne die nk adapt ngn suasana belajar die pegang pensil pn xreti.
7. Kalau die nangis cgu akan marah or pujuk die yer?
8. Ok stakat tu je la dlu
9. Balik sek papa ambik. Arap2 papa jgn ambik.lmbt sgt kesian bby mama.
10. Kalau mama kt tmppt keje lama mmg esok comfirm mama cuti.

Sesakk btl nafas mlm ni. Pandai ke anak aku nk g sekolah esokk. Awal2 lansung xpikir skrg  baru teehegeh2 nk mikorrnyee..

Dah abg2 rupanya

Ok bag siap  ready to.skool

G skool.bwk segala.menda ni arap2 masih normal