Dah nk masuk march 2021.
Msia still mco. Aku still wfh. Anak masih 3. Aku dh jd warga southville. Ank2 dah ke sekolah dan dh pandai.
Ian 5+, iffat 4+ Tp dah bersunat last 2 weeks. Irsa 2+. Coming soon xlama lg 5m+
Banyak dh berubah. Tp manusia masih sama.
Mood lari...
Pinjam ayat kereta mayat jer di bawah:
Rahsia kebahagian hidup yang kita buat-buat tak tahu...
Kena faham tiga perkara:
Hidup ini akan sensara jika orang yang rapat dengan kita asyik mengeluh dan merungut,
Hidup kita akan tenang bila orang yang rapat dengan kita adalah sangat pasrah dan sabar,
Hidup kita akan sangat bahagia apabila orang yang dekat dengan kita selalu bersyukur dan redha..
@@@@@@@@@credit to keretamayat woha
Syukur itu perlu di latih, dan mulakan dari diri sendiri..
Caranya adalah dengan sedar bahawa Allah sedang sayang saya, lalu diberikan UJIAN untuk di naikkan darjat, maka untuk rasai betapa besar Kasih Sayang Allah adalah dengan cara melihat orang yang jauh lebih menderita.
Jadi, rahsia bahagia adalah, jangan pernah dengki dengan orang yang lebih senang, tapi simpatilah dengan orang yang lebih susah.
Kerana di dunia ini ada orang yang lebih menderita dari kita, tapi masih bersyukur dengan ujian hidup, dan di dunia ini juga ada orang yang lebih bahagia dari kita, tapi sedang mengeluh dan merungut.
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini... Alhamdulillah.
Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya
Selamat bersyukur dengan segala UJian dan Nikmat hidup, dari sebesar besar ujian kepada sekecil kecil nikmat, Alhamdulillah.