Friday, October 31, 2014

Lemah

Janji dh termeteri..bukan cakap kosong..sign pon dh tunjuk..verbal pon sudah..xkn xfaham lg..

Makan hati sejenis makanan aku xgrmari.. pon boleh la time lapar gini. Kadang2 aku perlu difahami.. bukan hanya untuk memahami sahaja..

Penat bila kena membanting tulang sampai ke petang..nk kais celah mana lg..keringat yang mengalir harap ada yang hargai.

Sunday, October 26, 2014

Busan

Xdpt nak tido..dr petang sampai la pkl 12am headache. Pecah kepala.. suami bersukan lg sampai embun jantan jatuh..lama kemain..dh kalah atlit nagara gayanye.. untung laa.

Aku rase bosan.. aku perlukan percutian yg damai. Biru lautan..hembusan ombak..mandi manda... Sejuk2.. i really miss my free time wit great frends ..need vacation now.. but impossible.. nk g yg jauh xmampu.. nk pg yg dkt xdilayan.. im stuck here

Satu lg yg penting..xde coverage tuk hp..misti sgt damai kn..

Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah

Mukadimmah...

Hubungan yang baik adalah bila mana kau ceritakan semuanya kepada pasangan kau. Dari seremeh-remeh hal kepada segala abah besar punya hal. Biarlah cerita yang kau cerita tu berulang-ulang pun.. Cerita jela selagi yang tukang dengar tak sound..

Bila komunikasi antara kau dengan dia tak ada, disitulah bermulanya perasaan mula berubah dan mula cari sesiapa yang lain untuk kau bercerita. Kadang-kadang, bukan sebab kau suka orang tu ke atau apa tapi kau cuma nak orang dengar kau bercerita, membebel, jadi punch bag dan bagi pendapat/nasihat sikit-sikit je dah lah.  Jadikan pasangan anda kawan baik anda..

Aku cedok skit dr blog lain.. rase mcm true thinker

Anyway.. salam maal hijrah...selamat tahun baru..azam baru

**cerita smlm..semua urusan ke tanah suci selesai..alhamdulillah..cant wait..

Monday, October 20, 2014

Sila jangan memfitnah

Berani pada kebenaran..
Takut akan bayang2..
Kalau la keimanan boleh di timbang dan dilabelkan..
Kenapa misti melatah jika kamu di tempat yang benar..
Pantang aku kalau org buat tuduhan palsu..fitnah tau tak..menfitnah org adalah dr golongan munafik..fasik

Sunday, October 19, 2014

Keseluruhan

Keseluruhan Hampir gagal.. c-
Tetamu ibarat raja.. apa lg tetamu itu ahli keluarga...lebih2 lg ibu bapa kita.

Plz la.. ketepikan la hal peribadi seketika.. tetamu xselalu pon datang. Nape nk pentingkan diri kita? Aku dh terbiasa raikan tetamu..aku bukan nk perasan bagus.. aku cuba raikan mereka sebaik munkin.. bukan nk hopokrit. Penat nk berkerja esok sanggup lg bersengkang mata layan.. aku bukan nk mengunkit..tp aku xrasa pon terbeban walau esoknya aku kerja aku lmbt ke ofis sekalipon.. aku xrase bersalah..aku pasti Allah sentiasa redha dgn niat aku walau aku lambat untuk ke ofis .. hurm
Bawak famely jalan2 dh biase sgt.. xkira kewangan meruncing atau tidak.. raikan mereka paling penting..

Ternyata aku kecewa layanannya tuk my parents.. munkin die ada alasan yg lebih baik.. i really disappointed..really2x..

Dr 730pm... Skrg dh 951pm.. xjugak sampai tuk makan malam..

Semalam... Lewat.. hari ni?

I can Conclude..:
Diri sendiri.. Kawan2..then.famly..

Friday, October 17, 2014

October bakal pergi

Dah nk mengahkiri Oct sudah..hampir terkubur kesah september aku. Bz yg amat xsempat nk update segala benda berlaku. Dalam kesedihan sep ada jugak kegembiraan nye.. aku sempat meluangkan masa bersama sahabat2 korib di Port Dickson.. siap ade surprise party.. bbq.. semua ahli bangkok join termasuk 2 ahli baru.. ali n ammar. Ali laki aku.. ammar ank mazlina or ank angkat kami jugak. Dlm masa semput2 sempat plak balik kg beraya haji.. 1st time aku involve sesi korban..dr jual beli lembu..masuj hutan..tgk org sembelih..agihan daging..belah lembu.. agihan2 aku cuma permerhati sampai abis.. blk rumah..siang daging potong tgk n makan..lengkap.. so tamat sesi honeymoon aku berpantang strict 2 week. Skrg dh 30hari+ aku dh main tipu2 ade je aku mkn benda2 mengarut. Berat pon dh naik..dr 59kg skrg dh 62 kot..byk penempelan lemak2.. haiyooo.. sempat rase berat ideal zaman remaja.. kesedapan sementara.

Skrg oct hampir meninggalkan aku.. byk kerisauan melanda. Kadang2 teringin nk enjoy mcm dlu.. tp ingtkan balik ape target tuk disember aku jadi sedar diri. Hanya 2 bulan je lg.. persiapan mental fizikal rohani jasmani.. kelaut. Hanya doa mengiringi setiap saat. Agar Allah permudahkan urusan. Penat aku nk pk benda sama hari2. Bertimpa2 masalah menimpa lately. Sepatutnya urusan dokumen dh submit last 2 week. Tp ape dh jd.. esok sabtu terakhir. Sabtu depan dh awal muharram. Org for sure cuti. Sabtu minggu satu lg dh Nov. Ya Allah.. ko beri lah aku kekuatan. Aku xkuat nk siapkan semua perkara. Semoga Allah tambahkan kesabaran aku..permudahkan urusan di sebelum dan selepas.  Hanya mampu berdoa. Bukan xde effort tp asyik ulang benda sama..lama2 jd bosan.. aku harap tiada istilah putus asa dlm hidup aku. Insyallah..aminn.

Bila mana menghadapi kesukaran..hanya doa mengiringiku..nescaya aku dpt keluar dr kepayahan ini.  Mata org memandang xterasa beban kita memikul. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  #prayformysuccess

Monday, September 22, 2014

Info keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
*********************_________*********************

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari

- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari

- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
**************************************_*_@@@_*

Dah naik seram bila baca psl keeguguran.. rata2 mengatakan keguguran lebih dasyat dr pantang kelahiran.. aku risau dgn tahap penjagaan aku sendiri. Xde guideline ore tua2. Herbal aku ambik ala kadar je.. Ya Allah kau lindungi la aku. Lately aku on off rase nak demam..kakak aku ckp org panggil bentang.. sbb xjaga betol2.  Uwaa.. omg...byk sgt keje berat aku dh buat..dh la rumah ni xde toilet duduk lg.. jgn la rahim aku jatuh ke ape... Semua agak merisaukan.. rase nk nangiss :(