Friday, July 31, 2015

Derita sakit belakang

Sakit Pinggang Dan Belakang (Source: Dr Hamid Arshat)

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)

Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.

Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.Elakkan berdiri terlalu lama.Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.

Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)

Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasentaElakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang and





Monday, July 27, 2015

Luka masih terkesan

Berjam2 bermedia sosial xterasa penat. Berbanding nk melayani pasangan sendiri. Trends sekarang. Pelik tp benar.

24 jam bersama gajet pn bila ada masalah.. adakah gajet2 dan rakan2 media sosial dtg membantu? Soalan klise dan bosan. Tp itu la hakikatnye.

Pergi nye Ramadhan..debaran terasa. Manusia tak terlepas dr godaan syaitan. Hanya yg kuat mampu bertahan. Satu persatu masalah timbul. 
Dikala kite terleka ..ada hati2 yg berkecil.. dua nyawa bertarung. Masih memerlukan kekuatan dan sokongan. Berat mana mata memandang..berat lg empunya yg mengalasnye. Kekadang tak terungkap dgn kata2. Mata hati dan jiwa yg merasainye.

Hanya Dia menguat semangat.. Dia segalanya.  Allah yg satu.

Aku masih terluka..

Syawal menjengah

Hurm xde la menjengah sgt..dh 11 shawal kite..too late to wish selamat hari raya..maaf zahir batin dgn penuh iklas atas segala perbuatan jahat terdahulu xkira sengaja atau tak.. future xtau lg akan hidup brape lama.. akan menambahkan dosa kejahatan atau ape2 jer.

Kebizian yg melampau..xsempat aku nk mencatatkan peristiwa penting di hari raya. Yg seronok dpt bersama keluarga belah aku n belah in law. But of coz la kite lg gembira bila dpt jumpe famly kite lama2. Raya ke3 baru havoq skit umh kg kota coz abe ngoh baru tiba dr saudi. So berseronok2 la bersama.. cuma ak amy je xpulang tis year..raya di pahang plak die. Anyway next year cuba lg.

Sambutan tis year ala kadar je.. duit raya n persiapan raya pn ciput2 je.asal org tua senang sudah. Buat bakti ala kadar. Semuanye skodar.

Kelainan skit thn ni aku di taja buat photoshoot n makeover raya skit.. so bleh la feeling2 lawa..nk harapkan aku sendiri mmg x laa.

Size badan yg meningkat maju bersama pembesaran yg positif jgk ditahap yg baik. Hnya byk kesakitan2 yg di alami lately. Telah masuk ke Fasa 3 skrg..

Coretan yg hambar..ambik syarat jer.. hampesges..

Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan bertemu lg

1 Ramadhan bersamaan 18 june 15.
Puasa pertama sebagai warga subang jaya..
Puasa pertama bakal ibu..
Puasa pertama seorang isteri pendidik..
Setiap kali kedatangan bln mulia ini umat islam beramai2 menetapkan azam masing2 untuk merebut promosi dan ganjaran pahala untuk bekalan akhirat. Di awal puasa masjid akan penuh..itu tahun2 lepas..diharap tahun ini keramaian umat islam ke masjid berterusan sampai ke akhir ramadhan. Klise he bunyi nye..

Azam aku bermula smlm aku mulai dgn bacaan ayat suci dr awal surah.. insyallah cuba sedaya sebanyak munkin yang boleh. Nk ke masjid keadaan xmengizinkn. Berat badan xseimbang.. buat kt rumah.. hurm mcm kemalasan. Azam lain bykkan berbuat kebajikan dan sedekah.. berkali2 igtan dr pak ron. In shaa Allah.. selain itu cuba untuk masak sekerap munkin..

Harapan lain:
Semoga kami sekeluarga dpt menhayati bulan mulia dgn penuh keimaman.. sabar dgn limpahan kasih sayang. Kite cuba banyakkn bersabar dan xleka dengan tipu daya duniawi. Bertolak ansur dan beraya dengan keserderhaan.. amenn..

Copy paste: cabaran perkahwinan vs whatapss

Keinginan untuk berkahwin ialah fitrah setiap insan. Ketenangan dan kemesraan antara dua gender hanya dapat dihayati dan dikembangkan melalui perkahwinan yang mempunyai kesefahaman dan toleransi.

Allah SWT berfirman dalam ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Perkahwinan, pada awalnya memang indah, oleh sebab itu, tidak hairan apabila ada pasangan berhabis-habisan untuk memastikan hari persandingan mereka nampak gah dan mewah.

Kesanggupan berbelanja besar untuk majlis persandingan ini dibuat kerana ia menjadi komitmen untuk hidup bersama-sama dalam menghadapi apa jua cabaran.

Namun perkahwinan kini berhadapan satu cabaran yang baru dengan kepesatan perkembangan gadget dan aplikasi berkomunikasi.
Sungguh gadget telefon pintar dan aplikasi seperti Whatsapp atau Wechat dapat merapatkan hubungan bagi individu yang berjauhan, namun pada masa yang sama telah mengakibatkan jurang dalam komunikasi verbal suami isteri.

Apabila komunikasi lisan kurang berlaku antara suami isteri, secara tidak langsung ia juga akan menjadikan interaksi fizikal dan emosi berkurangan.

Hal ini telah menjadikan perkahwinan yang semakin bertambah usia, kemesraan dan keintiman antara suami isteri menjadi hambar.

Malah terdapat suami isteri yang baru berkahwin tidak mampu mewujudkan komunikasi yang baik sehinggakan menimbulkan prasangka akibat leka dengan gadget dan aplikasi berkomunikasi.

Berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada tahun 2012, kes perceraian masyarakat Islam direkodkan sebanyak 1,440 kes yang melibatkan 55 peratus pasangan muda yang baru berkahwin dalam tempoh kurang lima tahun.
Memahami kesan yang negatif ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia menganjurkan Bicara IKRAM : Siri Keluarga Bahagia yang bertajuk

“Cabaran perkahwinan dalam era Whatsapp dan Wechat” pada 12 April yang lepas di Pejabat IKRAM Sibu.
Matlamat utama bicara ini adalah memberikan saranan yang praktikal dalam membina kesefahaman antara suami isteri di samping memanfaatkan fungsi gadget yang ada.

Perkongsian ini disampaikan oleh Zarina binti Azhari, Ketua Wanita IKRAM Perak.

Friday, June 12, 2015

Bangga diri

Ini la sifat manusia..baru pandai sikit dh riak. Aku la tue... Dlm masa sejam aku dpt siapkan 3 juadah.. campur nasi jd 4 la kot..huhu..
Hebat x? Dlm keadaan yg xberdaya saing berdiri kurang sejam pinggang rase nk patah..lutut rase longgar..so aku xbleh masak over2.. pdhal xreti pon..huhu..bia pon umur dh 30an..masak sambal pon bleh bangga.. aku rase sedap tekak aku..hope my parents bleh telan jap lg.. hooyeas


Wednesday, June 10, 2015

Pergi nye Duka datanglah Sukacita

Zaman berduka perlahan2 menjauhkan diri. Saat gembira datang terus aku lupa saaat ketika pernah berduka.

Seminggu habiskan masa bersama famly sgt bahagia. Walau di waktu yg sama aku dibebani work load yg heavy metal. Till now aku still keje over dose. Tp mlm hari aku lupakan segalanya. Bersama keluarga.. gosip2 tetangga mmg best giler. Dr berpiknic di pantai 7 sampai la bermalam di port dickson. Heaven sgt.

Dicelah2 kesibukkan ada plak reunion bersama geng giler2.. lau xgila..xsah la kan. Bertemu di raub sempena kak jijah wedding. Selamat pengantin baru kak fizah! Walau perjalanan memenatkan dan mencabar bg penumpang besar mcm aku..tp alhamdulillah semuanye trkawal. Pesanan pak ron..jgn bg seyek..atau koyak. Ork senapah.. then esoknye semua pasti ok.

Syukur lah.. aku masih selamat dan bernafas. Tak lama dh nk berpuasa.. pastikan kesihatan ini berpanjangan.. amin..

Laaayaan gambar kenangan ..xseberapa