Sunday, March 13, 2016

6 years married

13032016
Year 6
Alhamdulillah pd Yang Esa.
Walau banyak cabaran dan dugaan berat tahun kita masih bersama. Mengecapi bahagia dan mempertahankan kebahagian sukar jika iman kite lemah. Semoga perkahwinan kita sentiasa di dalam rahmat nye.

I love u.. mr ron ..mrl..

Sunday, March 6, 2016

5 bulan

Ian dh 5 bulan
Ian dh boleh meniarap
Ian demam panas
Ian kena rosiula or campAk org kg kata

Gws my boy

Saturday, March 5, 2016

Ian Demam

Sekali Allah uji ank demam..kelam kabut mama n papa. Ian on off deman dr pg khamis dan hari ni dh kira 3 hari. Temp die between 37.4 to 38.4. Mmg xberbaju ian 3 hari ni. Igtkan dh elok tiba2 jumaat mlm panas lg. Aku cuak tkt jd ape2. Kul 3am pg cari klinik 24h. Nk g spital tkt plak kena tahan. Nk jd xsakit kena cucuk saje la ian. Sbb demam 3 hari. Lau org tua2 ckp demam gini biase. Tp aku tkt lambat bertindak menyesal kemudian.

Klinik 24h dkt taipan aku pg mmg menghampakan. Mayb gebenal doc. Xtau benda or doc dh mengantuk sbb aku pg kul 3am. Die pakai termometer manual selit celah ketiak dan ckp temp 37 je. Xdemam. Oo kalau demam makan ubat demam n antibiotik. Tu jer. Dah bleh balik. Giler ko..aku kalau xpanas aku xde nk dtg tgh mlm ni. Mayb b4 aku g klinik aku mandikan dlu ian sbb dh panas sgt bdan die aku cek pakai temp kt unh 37 b4 tu. Dah xpe la. Ian bertahan la. Kite tgk pg esok plak. Mmg aku xbg pn ubat kt ian. Xkuasa aku.

Kul 8am cek suhu lepas mandi naik balik 38.4. Ni xleh jd. So aku google paediatrik area subang. The best is klinik pakar dr Liew kt taipan jgk. The most recomended la klinik ni. Mmg full house jgk la. Bercinta 2 jam baru leh jumpe doc. Doc mmg friendly n detail. Temp ian time tu dh 39 degree. Tp ombek rilek jer. Siap bleh senyum2. Doc ckp agak tinggi tp if still minum susu n active ok la. Doc buat blood test n cek telinga mata mulut semua. Kencing doc nak  ian kencing gagal. Aku rase xmasuk akal suruh baby kencing. Bdk ni time mandi jarang kencing pancut. Behave baby sgt. Doc suruh monitor bg ubat till monday. If demam lg kena dtg lg. Doc syak viral fever jer or deman nk naik ruam ari ke 5. So tunggu je la. Lega la..lps jumpe doc belum mkn ubat ian dh mcm ok skit. Nk bg die ubt mmg bercinta jugak. Abis muntah 2 kali. Mmg budak ni xsuka ubat rupanye. Cubaan kali ke 3 lepas la ..half masuk tekak. Ni aku nk bg lg ubat tp die xnk bgn2. Saje2 tdo ke ape.  Ian ..oh ian.. buah hati mama. Kesayangan papa. Get well soon dear..baby mbek..eboq..ian..

#Friday 4 feb..1st time ian boleh meniarap dpn mama even demam2. Good boy. 4mon+

Sunday, February 28, 2016

Hati tidak gembira

Adakah aku tergolong di antara manusia yg tidak bersyukur? Ade je aku rase xmemuaskan hati.

Sukar untuk puaskan hati semua org. Beberapa perkara yg menyemakkan kepala ku lately.
1. ..family
2. ....office
3. ..$
4. ..kesihatan

Ian pd aku tak bermasalah. Mengurus die hari2 lansung xrase terbeban. Good boy sgt.

Ntah bila kekusutan akan berakhir atau terus memburukkan keadaan.

Sunday, February 7, 2016

4 mon

Ian dh 4 bulan

Friday, February 5, 2016

Sajak pendosa

Bahagianya kamu..deritanya aku
Bahagia yg kamu rasakan namun sedih yg kulalui..
Gembiranya kamu tanpa sedari kesedihan meniti disegenap hariku..
Gembiranya kamu rasakan kecewa aku di dalam tangisan sendiri..

Mungkin kah aku akan mempertahan atau sekadar melepaskan..
Hati kecil sering berbicara sakitnya yang ku rasa. namun realiti tampak bahagia. Betapa kuatnya ego ini sehingga mampu bertahan bia sakit yang menimpa diri.. bertahan bertahan tak tahu sampai bila..sebulan ke sembilan bulan membawa sehingga hujung nafas mungkin. Engkau tak kan pernah menyesal. Engkau manusia sempurna. Tiada cacat cela. Kesilapan engkau dalam memilih diri ku merana hidup mu.

Sedikit saja di uji kelam kabut hidup manusia pendosa. Pendosa yang ingin ke syurga. Melihat deritanya dunia luar. Apelah sangat kesakitan yang ku lalui. Sakit mengandung dan melahirkan adalah kifarah dr Allah untuk insan pendosa ini. Hidup dalam kesedihan lebih bermakna dr mati tanpa iman.

Biar aku susah tak siapa yang tahu. Biar aku sedih tak siapa rasainya. Hanya Dia yang maha mengetahui. Aku redha aku bukan yang terbaik untuk kamu. Aku adalah kesilapan kamu dalam memilih. Aku bebanan kamu. Ternyata jika aku hilang kamu tega hidup lebih sempurna. Jiwa aku jiwa rapuh. Manusia tanpa pendirian. Manusia yang tak sempurna. Aku hidup sementara cuma. Ya Allah tunjuk jalan yg benar sebelum kau cabut nyawaku. Aku mahu jd kekasihmu. Aku mahu kekal hidup disana nanti. Berikan aku hidayah sebagai bekalan aku di sana nanti. Tak mati aku dek keji manusia. Tak hidup aku atas pujian.

Tujuan hidup hanya satu. Jangan pernah lupa kita hamba di dunia. Mati kita segalanya akan ditinggalkan. Mati kita mungkin esok..lusa..

Aku pendosa ingin ke syurga..selamat malam semua.

Thursday, February 4, 2016

Penawar

Ian penawar hatiku
Ian sesuatu yg paling indah dalam hidupku

Bukan ingin menjadi umat tak bersyukur..namun diri sering irihati dengan keluarga lain. Sering kali aku bandingkan mereka dengan ku. Namun membuatkan aku makan hati.

Hanya ian disisi bisa buat aku kuat.
Air mata merawat duka.
Istifar penguat jiwa.
Mungkin ini balasan untuk dosa2 aku.

Kekadang aku bahagia. Tp ia xlama. Kekadang aku sedih namun ia xkekal. Bila di timbang tara..aku lebih byk bersedih kot skrg.

Pasrah.. aku tak happy..