Reminder!!!!!
Menurut artikel tersebut, dari kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Paeditrik dan Perinatal Epidemiologi di US menunjukkan kerisauan dan kemurungan yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan sistem penghadaman bayi.
Ibu yang mengalami kebimbangan ketika dibulan pertama kehamilan boleh menyebabkan bayi yang lahir kurang berat dan saiz yang lebih pendek dari yang sepatutnya. Dan bagi ibu hamil yang mengalami kebimbangan dan stress di bulan ke tiga kehamilan, ia berpotensi memendekkan tempoh matang saluran penghadaman bayi.
Bukan itu saja, lebih teruk kesan kebimbangan dan kemurungan tersebut maka makin serius jugalah kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan.
Kalau diikutkan, orang-orang tua macam mak kita selalu berpesan. Masa mengandung jangan diikut dan dilayan sangat perasaan kerana takut memberi kesan buruk kepada anak dalam kandungan.
Tapi dalam kehidupan hari ini yang serba-serbi perlu cepat dan pantas, ada kalanya suasana dan situasi sekeliling membuatkan kita mudah stress. Contohnya bagi ibu-ibu yang perlu naik kenderaan awam untuk ke tempat kerja setiap hari. Pagi-pagi dah kena berdiri dalam komuter dan LRT. Kalau bernasib baik dan ada yang bersimpati, dapatlah tempat duduk. Tapi jika sebaliknya, berdiri sajalah di sepanjang perjalanan. Itu belum lagi dikira dengan tekanan ditempat kerja…
Jika anda berada dalam situasi yang memberikan tekanan kepada anda, usah pendamkannya. Sebaliknya luahkan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.