Saturday, April 18, 2015

NO Communnication

Patut la bila aku dengar masalah2 rumah tangga puncanya masalah komunikasi. Nampak ringkas tp bisa jd parah dan bernanah dan memburuk. Kalau tak atasi akan bertambah2 buruknya.

Suami isteri sekarang dah semakin sulit untuk berkomunikasi. Ape tak nye hidup bertuhankan gajet2 dan media sosial. Ada masa lapang lepak dengan rakan sealiran. Balik rumah tak lekang dengan gajet di sisi. Masa bila nak berbincang masalah..perasaan di antara pasangan. Lama kelamaan kasih sayang makin pudar. Pasangan akan mencari solusi sendiri sehingga mampu berdiri sendiri tanpa bantuan. Lebih parah bila pasangan jumpe seseorang yang mampu mendengar isi hati. Tak kan lg mengadu pada suami/isteri. Sudah ada hati lain yang mahu didengari disayangi. Begitu la keadaannya. Gambaran ini bukan lah rekaan aku. Aku dengar dari pengalaman2 orang lain.

Jika kita tak mampu mengubah dan tak nak berubah bersedia lah untuk menghadapi keretakkan. Ingat lah bila kesusahan siapa yang akan bersama kita? Gajet? Media sosial? Kawan lepak? Dunia telah di kaburi dengan tipu helah dajal. Berlindung dengan Allah akan tidak tersasar dentan tujuan hidup kita. Hindari sikap dan sifat riak sombong. Jalan tunduk ke bumi.

Semoga Allah lindungi aku dan keluarga..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.